Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
(Salutasi)
PENDAHULUAN
1. Alhamdulillah, kita dapat sama-sama berkumpul di majlis yang diadakan pada hari ini yang saya percaya sudah sangat besar ertinya kepada semua.
2. Untuk makluman semua, sejak tahun 2018, Kerajaan Negeri Terengganu telah meluluskan sebanyak 3784 lot tapak rumah dan pertanian bagi Daerah Marang. Manakala di Dun Rhu Rendang pula adalah sebanyak 1830 lot tanah telah berjaya diselesaikan.
3. Pada hari ini, kita akan menyerahkan surat hakmilik sebanyak 425 lot dan 93 notis borang 5A kepada peserta yang berjaya di Dun Rhu Rendang iaitu RTB Sungai Kerak 4 Fasa 3, RTB Bukit Mawi, RTB Bukit Gasing, RTB Bukit Batu Putih dan RTB Bukit Mak Abu.
4. Tahniah saya ucapkan kepada semua penerima. Doa saya semoga pemberian surat hak milik hari ini akan menjadi suatu perkara yang sangat bermakna kepada semua dan memberi manfaat yang sebaik-baiknya.
Hadirin dan hadirat sekalian,
5. Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya merasmikan MAJLIS PENYERAHAN DOKUMEN HAKMILIK DAN BORANG 5A RANCANGAN TANAH BERKELOMPOK (RTB) DUN RHU RENDANG
Sekian, terima kasih.
0 Comments