Majlis Makan Malam Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-35 Penubuhan Lembaga Tabung Amanah Warisan


Alhamdulillah, kita dapat bersama-sama hadir dalam majlis pada malam ini sempena 35 Tahun Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri. Tentunya tempoh 35 tahun ini adalah satu tempoh yang lama dan kita telah menyaksikan dalam pembentangan tadi oleh Pegawai Kewangan Negeri dan montaj.

Yang Berhormat Datuk Nara kata bukan montaj tu, panjang dia macam filem pula dia kata, yang menceritakan kepada kita memaparkan tentang perjalanan Lembaga Tabung bermula daripada first inception 35 tahun yang lalu.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan setinggi penghargaan kepada seluruh warga Lembaga Tabung yang dahulu dan yang sekarang, yang lama dan yang sekarang ini yang sudah tentunya masing-masing mempunyai peranan masing-masing termasuklah kakitangan pengurusan dan seluruh kakitangan serta rakan strategik Lembaga Tabung sempena dengan 35 Tahun Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu. 

Kita sama-sama mendengar tentang apa yang dilaksanakan oleh Lembaga Tabung. Dalam bahasa yang mudahnya, Lembaga Tabung ini adalah sovereign fund. Not quite similar dengan sovereign fund yang ada di negara-negara luar. Sebagai satu contohnya, salah satu sovereign fund yang terkenal, the top three sovereign fund yang ada dalam dunia ini adalah Norway yang kita panggil sebagai Norwegian Sovereign Fund. Dalam undang-undang mereka, mereka jarang duk guna perkataan Norwegian Sovereign Fund kerana mereka menggunakannya sebagai pension fund. 

Kalau kita lihat Norwegian Soving Fund yang saya bertemu dengan mereka untuk mendapat beberapa maklumat, saya pergi ke Oslo, saya tak ingat akhir 2018 atau 2019 untuk mendapatkan maklumat mengenai bagaimana mereka menguruskan sovereign fund Norway ini yang satu masa dahulu, five years ago adalah yang terbesar. Mereka mempunyai sehingga 1 trilion US dolar dalam tabung mereka.

Agak berbeza dengan kita. Apa yang kita lihat di Lembaga Tabung, kita banyak menguruskan hal yang berkait dengan tanah sama ada untuk dimajukan dalam bentuk pajakan, sewaan ataupun apa jua aktiviti ekonomi yang boleh dijana daripada tanah-tanah ataupun aset-aset milik negeri. Dan dalam enakmen asal Lembaga Tabung, penubuhan Lembaga Tabung ini ada keperluan daripada Lembaga Tabung untuk menerima caruman oil royalty yang kalau kita lihat dalam rekod, saya rasa saya pernah tengok dalam rekodnya kita terima lebih kurang 30 juta setiap tahun tetapi terhenti pada tahun 1999 atas sebab semua yang sedia maklum.

Sebelum daripada itu berlaku 30 juta setiap tahun dicarumkan daripada wang royalti petroleum yang jumlahnya tak sama dengan sekarang ini. Dahulu 20 tahun dahulu mungkin tak sampai 1 bilion ada setengah tu sampai 700 juta saja, 900 juta dan beberapa kalilah sehingga 1 bilion dicarumkan sebanyak 30 juta dan atau dalam erti kata lain kalau tak silap saya sepatutnya dicarumkan 5% daripada wang royalti tapi terhenti pada tahun 1999 sampai sekarang.

Kalau kita lihat Norwegian Sovereign Fund, beza yang besar adalah Norwegian Sovereign Fund ini adalah sepenuhnya diperolehi daripada caruman wang petroleum dan gas 100% dimasukkan hasil daripada petroleum dan gas daripada Norway. Negara Norway ini keseluruhan hasil itu dimasukkan dalam tabung, pension fund ataupun sovereign fund Norway. Kerajaan tak boleh ambil satu sen kecuali kerajaan hanya boleh ambil, hasil petroleum yang kerajaan boleh ambil ialah sebanyak 4% hasil yang diperolehi daripada Sovereign Fund. Masuk dalam sovereign fund, penjanaan sovereign fund itu boleh diambil sebanyak 4% untuk kegunaan bajet negara Norway.

Saya tanya Kementerian MOF lah, equivalent to MOF di masa pergi ke Norway. Why 4%? Mereka mengatakan bahawa 4% ini adalah minima return yang akan diperolehi oleh tabungan itu setelah dibuat pelaburan di luar dalam pelbagai cara. Mereka masuk dalam stock exchange, mereka membeli ekuiti dalam syarikat-syarikat di seluruh dunia. Seluruh dunia dan setiap tahun mereka mendapat dividen dan mereka menjangkakan bahawa minima dividen yang akan diperolehi oleh sovereign fund ini adalah minima 4% walaupun ada sampai 10% ada sampai 15% dan mungkin ada yang kurang daripada itu tapi hanya boleh diambil oleh kerajaan sebanyak 4% untuk bajet dalam negara mereka.

Kalau kerajaan Norway ada masalah, contohnya satu masa perlu dana yang lebih atas sebab-sebab tertentu, mereka boleh minta ekstra daripada sovereign fund itu lebih pada 4% tetapi hendaklah dibawa ke parlimen Norway baru boleh dapat ekstra. Maknanya betapa susahnya untuk mereka belanja wang petroleum atau hasil petroleum dan gas daripada Norway menyebabkan setiap tahun memang banyaklah boleh simpan sampai ada trilion US dolar.

Kalau kita tengok model di Singapore umpamanya, mereka tak ada hasil oil and gas, mereka tidak ada hasil mineral. Tapi mereka menggunakan fund yang diperuntukkan oleh kerajaan ini melalui pelbagai portfolio dalam investment termasuk di stock exchange di seluruh dunia. Di Hong Kong, di New York dan keadaan tertentu mereka mempunyai ekuiti dalam syarikat-syarikat yang yang budaya maju dan mereka menunggu dividen setiap tahun. 

Satu lagi lupa saya nak sebut yang Norway tadi walaupun pelaburan mereka di stock exchange ataupun equiti market berjumlah mungkin sampai 20% atau 30% dalam mana-mana syarikat ini tetapi mereka tidak meminta untuk mempunyai wakil atau representatif dalam board of directors. Saya tanya mereka kenapa? Mereka mengatakan bahawa mereka hanya nak untung saja. Mereka tak nak terlibat dalam day to day ataupun dalam any decision making proses dalam sesebuah syarikat. Dia kata, "Kami tak kisah itu. Apa yang kami kisah ialah kami mempunyai satu unit yang khusus menguruskan sovereign fund ini untuk menilai syarikat ni potensi tak potensi, bila nak exit, bila nak exit daripada pelaburan, bila nak buat keputusan jual saham dan sebagainya dan menyebabkan mereka walaupun ada 20% dalam mana-mana equiti market, mereka tak nak ada board of directors.

Dan yang paling menarik sekali yang Norway tadi ialah keputusan untuk membeli mana-mana equiti ataupun share di market atau menjual dibuat oleh a group of professional yang diapoint oleh Kerajaan Norway. Okey. Dan Menteri Kewangan atau MF atau Trade Minister sekalipun tidak boleh mempengaruhi keputusan nak jual atau nak beli ataupun apa-apa jua. Very minimal or less sampai zero political interference dalam proses membuat keputusan nak beli nak jual. Sebab yang buat keputusan ialah the professional yang diappoint oleh parlimen dan dipersetujui oleh semua pihak. Menteri tak boleh nak overrule bahawa okey jual sini, beli sini dan sebagainya menyebabkan very less interference, political interference dan juga bila berlaku pertukaran kerajaan, parti yang menguasai kerajaan di Norway, dia tidak mengubah cara pengurusan dalam sovereign fund mereka. Very robust.

Di Singapore tadi saya pergi balik, mereka lebih kurang sama dengan Norway. Cuma Norway mereka menggunakan hasil yang asasnya ialah daripada petroleum. Berbeza dengan Singapore yang tidak ada hasil asas yang dimasukkan kecuali pelaburan dalam pelbagai portfolio. Yang mungkin lebih kurang sama sikit dengan kita ialah Emirate di mana mereka menggabungkan apa yang dilaksanakan di Norway dan juga Singapore menggabungkan dua konsep ini sehingga mereka ada caruman tertentu daripada hasil petroleum. 

Saya sebut ini kerana mungkin sampai satu masa kalau kita lihat portfolio yang kita ada sekarang ni aktivitinya lebih berkisar kepada tanah. Bagaimana kita memanfaatkan aset, bagaimana kita memanfaatkan kerjasama pelaburan ekonomi dan sebagainya untuk mendapatkan hasil. Fair enough. It's good already for 35 years. Itu yang kita buat. Tetapi kita memerlukan hasil yang lebih lagi. 

Kalau kita lihat dalam konteks negara kita ini, salah satu tabung amanah yang setiap Menteri Besar akan terlibat untuk bermesyuarat tiga kali, empat kali setahun ialah Tabung Amanah Pendidikan Majlis Raja-Raja. Kita akan sebelum setiap kali mesyuarat Majlis Raja-Raja, sebelum daripada Mesyuarat Raja-Raja, semua Menteri-menteri Besar akan bermesyuarat untuk membuat, untuk mendengar pembentangan mengenai kedudukan semasa Tabung Amanah Pendidikan ini yang dicarum oleh di kalangan Raja-Raja Melayu dan dibuat, dilantik profesional daripada wealth manager ini daripada bank untuk menguruskan pembelian saham mostly 100% mereka terlibat dalam share market.

Jadi dia buat tiga kali setahun, empat kali setahun ni mereka dibuat pembentangan. Okey kita beli share ni, kita beli kaunter ni, kita jual,kita ada exit sini, exit here dan setiap tahun kita akan dapat dividen. Setiap tahun kita akan dapat hasil daripada penjualan dan pembelian saham dan sebagainya.

Apa yang saya lihat keuntungan yang mereka ataupun dividen yang mereka collect setiap tahun itulah yang digunakan untuk membiayai biasiswa pelajar-pelajar daripada dalam negara kita ini yang jumlahnya tak ramai. Saya tak ingat jumlahnya tak silap dalam 20 atau 30 orang setiap tahun yang dibiayai sebab tabungan tu tak besar. Tak sebanyak saya rasa dengan Lembaga Tabung kita lebih besar lagi tetapi mereka menggunakan hasil saja. So maknanya apa? Maknanya pokok yang ada jumlah yang asal itu tidak bergerak. Yang bergerak adalah yang diperolehi adalah hasil pada janaan itu.

Cuma ada risiko. Apa yang kita lihat risikonya ialah share market the volatile. Masa bagus baguslah. Masa tak bagus. Kita lihat berturut daripada 20 kaunter yang 50 kaunter 30 kaunter yang mereka masuk ni mungkin half terpaksa jual, jual, jual, jual. Kita kata kena trigger sampai level mana trigger, jual. Trigger, jual. Akhirnya kadangkala ada tahun yang hasil banyak, ada tahun hasil sedikit. Jadi ada risk dan tidak ada tidak ada tabungan lain yang masuk dalam akaun itu.

Apa yang kita lihat untuk negeri Terengganu kita ini, kita go back to our state sampai satu masa yang saya sebut tadi ialah supaya we can go back caruman daripada wang petroleum dengan syarat kita memperolehi kembali wang tunai petroleum ataupun wang royalti dengan cara yang biasa kita dapat sebelum ini. 

Inilah yang telah dimanfaatkan sepenuhnya oleh Kerajaan Sarawak. Mereka membuat tabungan daripada hasil royalti ini sejak daripada awal. Dan saya nak sebut kepada tuan-tuan yang saya rasa saya sebut di dewan pagi tadi kalau tak silap saya, ke semalam saya sebut bahawa tabungan Sarawak yang mereka laburkan di pelbagai portfolio ini sekarang ini berjumlah 40 bilion. Mereka ada cash 40 bilion. Bukan aset ni. Mereka ada cash 40 bilion. Satu jumlah yang sangat besar.

Cuma mungkin beza kita dengan Terengganu ialah kalau tuan-tuan pergi ke Sarawak, pergi ke kawasan pedalaman, tuan-tuan masih lagi akan bertemu dengan orang menggunakan tong collect air tong biru tu ataupun tuan-tuan pergi jumpa sekolah di kawasan pedalaman yang masih lagi menggunakan struktur kayu sebagimana yang ada di tempat kita pada akhir tahun 70-an ataupun tahun 80-an. 

Apa yang berlaku ialah bagi kerajaan Negeri Sarawak, mana-mana yang berkait dalam perlembagaan adalah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan, mereka serah Kerajaan Persekutuan. Mereka tak campur satu sen pun. Mereka tidak membelanjakan sedikit pun untuk perkara yang di bawah bidang Kerajaan Persekutuan. Jambatan. Kalau saya ingat lagi pada tahun 2016 saya terpaksa round keseluruhan Sarawak kerana State Election pada waktu itu. Banyak lagi tempat yang masih menggunakan feri untuk cross sungai walaupun hanya jaraknya 50-meter saja. Tak buat jambatan. Sebab apa? Jambatan adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan. Mereka tak belanja satu sen pun walaupun mereka ada reserve yang begitu banyak.

Dalam satu forum di luar di Kuala Lumpur ada orang tanya bab nilah, tentang bagaimana we manage our petroleum royalti. Saya kata, "I wish I could do the same macam Sarawak. But kalau saya buat begitu di Negeri Terengganu, saya tak belanjakan, saya tak belanja mana-mana yang di bawah Kerajaan Persekutuan saya tak belanja langsung, saya hanya belanja di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri saja, kami di Negeri Terengganu ni akan disumpah oleh rakyatlah. “Wah, pitih banyak takboh belanja takboh tubik sesen pun untuk rakyat.” Mesti akan kata begitulah. Jadi realiti sangat berbeza. Di sana mungkin tak apa, di Sabah mungkin tak apa. Tetapi di tempat kita ini kita berdepan dengan sentimen rakyat yang tidak faham tentang bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri atau bidang kuasa bersama dalam perlembagaan.

Bila orang stres lalu jambatan di Marang, bila orang stres lalu di jambatan Manir yang sempit tu, orang tak marah JKR, orang tak marah kementerian, orang marah Kerajaan Negeri. “Jambatan begini pun tak boleh nak buat.” Jadi menunjukkan bahawa kefahaman masyarakat, the expectation of the people of our rakyat is different. Dan ini yang kita kena manage walaupun mungkin kita mempunyai sovereign fund yang banyak tapi ada perkara-perkara tertentu yang perlu kita manage rakyat kita.

So, I wish sampai satu masa nanti when we can go back and get our oil royalty, caruman kita itu akan lebih besar. Can we imagine kalau kita boleh carumkan 200 juta setahun? 200 juta which is about less than kalau kita dapat around 1. 5 billion, 150 million itu lebih kurang 10%. So, 200 juta mungkin dapat 12% yang kita carumkan sahaja. 5 tahun kita akan dapat lebih kurang 1 bilion. Kalau kita masuk dalam fixed deposit je, as simple as that. 3.8 ataupun 3.5, kita boleh dapat satu jumlah yang fix dan jumlah ini mencukupi untuk membiayai biasiswa anak-anak Negeri Terengganu setiap tahun tanpa kita perlu keluar satu sen pun daripada duit lain.

Ini sebagai satu contoh. Tapi kalau kita melaburkan dalam portfolio yang lebih ada risiko tetapi mungkin pulangannya sampai 10% atau 15%. So, kita boleh bayangkan dalam tempoh yang tertentu kita mungkin mampu memperolehi sehingga RM200 juta hasil dan hasil ini boleh digunakan untuk pelbagai perkara, pendidikan, kesihatan rakyat negeri kita tanpa kita menyentuh wang pokok daripada pendapatan petroleum kita ataupun hasil daripada tanah dan sebagainya. 

Ini satu contoh bagaimana soon, insya-Allah kita berharap kita boleh pergi ke arah itu dan the next five years, 10 years insya-Allah kita akan boleh berdiri sama tinggi dengan rakan-rakan daripada negeri lain yang mempunyai tabungan yang lebih besar. Saya rasa itu sajalah apa yang saya nak sampaikan pada malam ini yang diprepare benda lain. Tapi tak apalah saya rasa I wish I could share some of my vision and wishes untuk for the future of Terengganu yang mungkin sampai satu masa kita boleh, anak cucu kita boleh mendapat manfaat daripadanya. But we have to we must start the vision somewhere and the next generation of people can carry forward our vision. 

Insya-Allah saya rasa itu jelah. Apa yang nak saya sampaikan moga-moga 35 tahun yang sudah berlalu itu memberi dalam ekonomi rakyat dan negeri Terengganu insya-Allah. Sekian.

Post a Comment

0 Comments