Assalamualaikum wrh brh
(Salutasi)
Muqaddimah
1. Alhamdulillah, kita dapat berada dalam satu Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara PMINT dan Senari Synergy.
2. Kepada rakan-rakan dari Terengganu, untuk makluman Senari Synergy ini adalah satu GLC daripada Sarawak dan antara the biggest shareholder bagi Senari Synergy adalah Sarawak Timber Industry Development Corporation (STIDC), Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS), SGOS Capital Holdings Sdn Bhd, dan Yayasan Sarawak.
3. Samalah juga dengan kita di PMINT ini merupakan Badan Berkanun di bawah Kerajaan Negeri Terengganu. Dan saya masih ingat beberapa waktu yang lalu, saya mengadakan pertemuan dengan Premier Sarawak untuk berbincang secara khusus mengenai perkara dengan green hidrogen pada waktu itu. Dan dalam kunjungan rasmi saya ke Sarawak yang sangat singkat, rasa satu hari je saya pergi ke Sarawak, dan mengadakan pertemuan dengan Premier dan mesyuarat.
4. Antara perkara yang dipersetujui oleh Premier ialah suapaya kerjasama antara Kerajaan Negeri Terengganu dan Sarawak ini dapat dipertingkatkan, dan beliau memberi komitmen untuk sama-sama kita work together dan bantu membantu dalam apa jua cara yang boleh kita lakukan terutama dalam mengukuhkan penyertaan masing-masing dengan Sarawak dan Terengganu dalam industri.
5. Sekali lagi saya ucapakan tahniah kepada PMINT dan Senari Synergy yang telah berusaha dengan pelbagai cara dalam perbincangan awal untuk kita sampai kepada hari ini dan tentunya perjalanan kita pada hari ini merupakan suatu permulaan dan banyak lagi perkara yang boleh kita explore untuk memastikan keberhasilan dan manfaat yang akan diperolehi adalah secara mutual, akhirnya kepada Kerajaan Negeri Sarawak dan kepada Negeri Terengganu.
6. Kita berharap dengan projek ini nanti akan membuka peluang-peluang pekerjaan. Oleh kerana fokus kita kepada projek ini di Negeri Terengganu, power plan yang kita berharap ia akan membuka sehingga 1,000 peluang pekerjaan baharu bagi penduduk anak tempatan.
7. Sekali lagi tahniah diucapkan kepada PMINT dan Senari Synergy atas kerjasama yang dimenterai pada hari ini.
Sekian, terima kasih. Wabillahi taufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
0 Comments