[SALUTASI]
PENDAHULUAN
1. Alhamdulillah, pada hari ini dapat berada dalam majlis yang penting bagi Kerajaan Negeri Terengganu, iaitu Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara Kerajaan Negeri dan Malaysia Rail Link sebagai pemudah cara dalam pembangunan Transit-Oriented Development (TOD) di sekitar stesen-stesen ECRL di Negeri Terengganu.
2. Kerjasama strategik ini bukan sekadar merancang untuk pembangunan fizikal semata-mata, bahkan sedang membina sebuah ekosistem ekonomi baharu yang memberi manfaat terus kepada rakyat melalui pekerjaan, peluang perniagaan dan akses mobiliti yang lebih baik.
3. Kita tidak lagi melihat pembangunan secara terpisah-pisah, namun sebagai rangkaian yang saling menguatkan daripada perumahan mampu milik, penyambungan pengangkutan sehingga kepada pertumbuhan ekonomi setempat.
4. Kerajaan Negeri juga menetapkan keutamaan agar tanah-tanah kerajaan yang telah dikenal pasti, iaitu hampir 600 ekar keseluruhannya, dimajukan dengan teratur dan berimpak tinggi.
5. Bermula pada tahun ini, kerja-kerja pembersihan di kawasan utama seperti Cukai, Kemasik dan Dungun telah pun dimulakan. Itu menunjukkan komitmen, how far we want to go to make sure it will happen.
6. Kerajaan Negeri juga mahu memastikan bahawa pembangunan ini tidak meninggalkan rakyat di belakang. Infrastruktur asas sedang dilengkapkan. Pelabuhan Kemaman juga sedang dinaik taraf, dan institusi pendidikan kita bersedia melahirkan tenaga kerja mahir untuk mengisi peluang pekerjaan baharu.
7. Dengan sokongan struktur tadbir urus TOD di setiap daerah yang terlibat, kita akan memastikan pembangunan berjalan dengan tersusun, bertanggungjawab dan berpaksikan kepada kepentingan rakyat.
8. Tentunya kita memerlukan sokongan yang berterusan daripada pihak Kerajaan Persekutuan, kita ada Tan Sri Ketua Setiausaha Negara, kita ada Tan Sri Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (JPPA) pada hari ini yang sama-sama melihat perkara ini dengan sangat positif.
9. Melihat kepada potensi yang ada ini, saya percaya dan yakin ini adalah masa terbaik untuk kita menarik para pelabur. Dan pada hari ini saja kita dah melakukan pitching untuk bertemu dengan para pelabur, potential investors who would like to come and invest in various sectors in Terengganu, especially in the area of TOD. Dan ini adalah merupakan sebahagian daripada perjalanan pembangunan negeri yang kita impikan.
10. Saya rasa itu sajalah apa yang saya sampaikan. Terima kasih sekali lagi kepada Tan Sri-Tan Sri dan semua yang terlibat pada hari ini. Moga-moga perjalanan kita ini adalah perjalanan yang diberkati oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala.
Sekian,
Wabillahi Taufiq, Wal Hidayah.
Wassalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
0 Comments