Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih kepada Datuk Yang di-Pertua, semua Ahli-ahli Yang Berhormat, para ketua jabatan, kakitangan jabatan, para pemerhati dan hadirin sekalian. Alhamdulillah, kita dapat menyelesaikan perbahasan dan penggulungan pada hari ini, insya-Allah. Saya ingin merakamkan jutaan perasaan terima kasih setinggi-tingginya kepada Yang Berhormat Bandar selaku Ketua Backbenchers bersama pasukan Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah memberikan pandangan, berbahas, mengemukakan soalan-soalan yang dijawab oleh pihak kerajaan secara bertulis dan lisan, serta persoalan-persoalan baharu sepanjang perbahasan yang saya kira hampir keseluruhannya telah dijawab oleh Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri melalui sesi penggulungan masing-masing sejak semalam hingga hari ini.
Mana-mana yang berupa cadangan,kritikan, pandangan-pandangan itu akan kita tekuni, akan kita teliti satu persatu di antaranya berdasarkan kepada handsard yang kita ada dan perkara yang dapat kita laksanakan, insya-Allah kita akan mengambil langkah bagaimana untuk melaksanakan mengikut keutamaan pihak kerajaan.
Dato’ Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian,
Pelbagai perkara telah dibangkitkan, berkait dengan persoalan ekonomi, persoalan sosial, pendidikan, infrastruktur, laporan daripada luar tentang REE dan sebagainya dan saya kira telah dijawab dengan begitu baik oleh Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri.
Saya hanya ingin mengambil masa yang ringkas saja hari ini berbanding dengan penggulungan saya yang sebelum daripada ini iaitu berkait perkara yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bandar, Ladang, Bukit Besi, Rantau Abang, Hulu Besut, Bukit Tunggal, Permaisuri, Pengkalan Berangan, Manir, Seberang Takir, Telemong dan Batu Rakit yang membangkitkan secara konsisten berkenaan dengan semangat federalisme dan royalti petroleum.
Untuk rekod walaupun sebahagiannya telah dijawab dalam soalan bertulis, untuk rekod untuk pada tahun 2024, Kerajaan Negeri menerima hanya menerima RM733.05 juta daripada keseluruhan royalti petroleum yang berjumlah RM1.55 bilion dan penerimaan ini, Kerajaan Negeri hanya menguruskan 53% daripada hasil royalti petroleum. Selebihnya telah tidak dihantar direct kepada Kerajaan Negeri di mana Kerajaan Negeri telah hilang autonomi ke atas penggunaan. Lebih kurang separuh hanya diberi direct kepada Kerajaan Negeri, separuh lagi diberi, dibuat pembayaran secara terus kepada pihak-pihak yang berkenaan.
Manakala bagi tahun 2025 iaitu sehingga 2 November 2025, Kerajaan Negeri dicatatkan baru menerima royalti petroleum berjumlah RM1.08 bilion atau 66.44% daripada anggaran keseluruhan 2025 berjumlah RM 1.63 bilion. Daripada RM1.08 bilion itu hanya RM 583.35 juta disalurkan terus ke akaun Kerajaan Negeri. Sekali lagi Kerajaan Negeri hilang autonomi untuk menguruskan 47% daripada hasil royalti petroleum sendiri.
Dan perkara ini berlaku selain daripada berlaku pada tahun 1999 hingga 2004, selepas daripada itu, masa kita mengambil alih kerajaan pada tahun 2018, ianya tidak berlaku. Kita mendapat sepenuhnya royalti petroleum ini untuk diuruskan oleh Kerajaan Negeri secara total sehinggalah berlaku pilihan raya pada November 2022. Di situlah bermulanya satu episod baharu dalam sejarah pemberian royalti di Negeri Terengganu yang saya kira merupakan suatu episod hitam yang tidak patut berlaku lagi pada zaman moden ini di mana kepentingan politik melebihi daripada kepentingan melaksanakan tanggungjawab yang sepatutnya.
Secara kumulatifnya daripada royalti petroleum Negeri Terengganu bagi tempoh 2023 hingga 2025, Kerajaan Negeri sebenarnya hanya dibenarkan mengurus 50% saja. Malah penyaluran ini pula tidak mengikut masa yang sepatutnya mengikut perjanjian iaitu dua kali setahun. Keadaan yang berlaku ini menyebabkan Kerajaan Negeri sukar untuk membuat perancangan dan pelaksanaan pembangunan negeri apatah lagi perkara yang berkait dengan rakyat negeri Terengganu. Sebab itulah kita senantiasa berjuang supaya keadaan itu dikembalikan kepada asal sebagaimana amalan sebelum 20 November 2022.
Bila kita sebut acap kali tentang royalti petroleum, maka ada pihak pula mengatakan bahawa tidak ada kerja lain, sebut hak royalti. Memanglah tak ada kerja lain sebab itu adalah hak kita. Kita konsisten daripada dulu. Tak pernah sedikit pun kita merasakan bahawa ini bukan hak negeri Terengganu yang telah ditandatangani hasil daripada pembentukan Petronas dan perjanjian antara Kerajaan Negeri dan Petronas dahulu. Tak pernah terdetik sedikit pun ini bukan hak kita. Kerana itu di mana silapnya sebuah kerajaan menuntut kembali apa yang sepatutnya diterima.
Sudah pasti suasana sebegini ni amat tidak baik dan untuk pembangunan dan perjalanan sesebuah negeri dan sewajarnya konsep federalisme yang menjadi identiti kepada pembentukan Malaysia ini didukung dengan penuh profesional dan matang. Saya selalu sebut di pelbagai forum, pelbagai tempat sekiranya negeri-negeri seluruh negara bukan negeri Terengganu saja ingin mencapai, mengurangkan disparity di kalangan negeri ataupun kesenjangan di kalangan negeri-negeri dan negeri-negeri ini juga menyumbang kepada GDP untuk negara kita, KDNK untuk negara kita. Negeri-negeri haruslah diberikan pertimbangan yang lebih luas dalam melaksanakan apa jua program dan projek di negeri-negeri.
Kita bukan lagi hidup pada zaman pembentukan negara Malaysia pada tahun 1957 dahulu dan kalau kita ingin bergerak pantas maka sudah tentunya konsep yang saya selalu sebut untuk dikaji kemungkinan cooperative federalism atau fiscal equalization yang pernah saya sebut, saya bahaskan sebelum ini perlulah dipertimbangkan untuk dilaksanakan di peringkat persekutuan. Dan saya yakin bahawa sekiranya berlaku perubahan di peringkat nasional ini adalah antara komitmen kita untuk melakukan perubahan yang sebetul-betulnya, sebenar-benarnya untuk membawa Malaysia ke persada yang lebih baik.
Walaupun kita berdepan dengan pelbagai perkara, usikan situ, usikan sini, cubit situ, cubit sini, tapi kita masih lagi dapat melonjakkan prestasi Kerajaan Negeri dengan pelbagai pencapaian dan pengiktirafan yang lebih baik daripada tahun-tahun sebelum ini. Antaranya yang saya boleh sebut secara ringkas, bagi tempoh RMK 12 dari tahun 2021 hingga 2024, purata Hasil Janaan Negeri meningkat sebanyak 11.9% kepada RM264.88 juta setahun berbanding RM236.77 juta setahun bagi tempoh RMK 11. Manakala ekonomi pula berkembang secara purata 4.1% tahun berbanding 1.9% setahun bagi tempoh RMK 11. Memanglah di luar sana bertebaran pelbagai post-truth perkara-perkara yang tidak benar dibuat poster dan difitnahkan Kerajaan Negeri dengan pelbagai fitnah.
Yang kedua ialah nilai pelaburan kumulatif bagi tempoh RMK. 12 sehingga Jun tahun ini meningkat sebanyak 48.2% kepada RM14.3 bilion berbanding RM9.6 bilion bagi tempoh RMK 11. Yang ketiga, pendapatan Kumpulan Terengganu Inc meningkat daripada RM900 juta pada tahun 2018 kepada 1.75 bilion bagi tahun 2024. Kalau ini tak dikira sebagai peningkatan yang yang ketara, saya rasa orang yang menuduh itu perlu belajar matematik baliklah. Kena belajar mungkin belajar mengira semula benda yang paling basic dan paling simple RM900 juta berbanding dengan RM1.75 bilion tentulah jauh beza. Dan yang keempat di samping jitu juga Skor Indeks Kebahagiaan Rakyat Malaysia yang tertinggi iaitu 8.64 pada tahun 2024 menjadikan Negeri Terengganu sebagai negeri tahap yang sangat bahagia.
Jadi ini antara perkara yang kita memang tak puas hati. Memang kita rasa ini bukan the peak of our performance, bukan kemuncak pencapaian diri kita. Banyak lagi perkara yang boleh kita buat tapi kita ingin mengambil sikap senentiasa tambah baik. Kita penuh dengan kelemahan. Kita akui dalam melaksanakan tanggungjawab ini ada kelemahan-kelemahan dan kita bergerak daripada kelemahan untuk membaiki kelemahan. Kita bukan manusia yang sempurna.
Dato’ Yang Di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian,
Dalam kita menggerakkan negeri kita ini tentunya tanggungjawab yang telah dilaksanakan oleh para penjawat awam di Negeri Terengganu sama ada kakitangan tetap, kakitangan kontrak, kakitangan ad-hoc adalah merupakan tulang belakang bagi pentadbiran kerajaan dalam memperolehi segala pencapaian yang saya sebutkan tadi. Ada juga di luar bila saya bentang bajet dia duk bising. Dia kata bajet tak sebut pun tentang adalah dia kata tak ada sebut pun tentang bonus, tak ada jumlah tak ada sebut.
Kalau tuan-tuan Ahli-ahli Yang Berhormat baca kembali pembentangan bajet saya pada pada kali ini. Kali ini adalah kali pertama daripada tujuh pembentangan bajet yang pernah saya buat sebelum ini bermula daripada 2018 dah tujuh kali. Inilah kali pertama yang dalam pembentangan bajet itu tidak ada angka. Sebelum ini semua ada angka-angka belaka. Sebelum ini ada bajet ada berkenaan bonus belaka. Kali kedua tak ada tak ada mengenai bonus kerana kali pertama iaitu pada tahun sebelum ini berlaku Pilihan Raya Kecil. Parlimen Kemaman. Saya tidak mahu menggunakan kedudukan saya sebagai Menteri Besar untuk membuat pengisytiharan bonus dalam keadaan saya berdepan dalam pilihan raya Kemaman kerana kita bercakap tentang satu budaya baru yang perlu berlaku dalam negara kita ini. Itu satu.
Pada tahun ini juga saya tak sebut tentang angka-angka sebab pada saya ingin membudayakan bahawa pembentangan bajet adalah bukan suatu dengan izin dalam bahasa Inggeris disebut grand standing. Siapa yang nak Google nak tengok apa maknanya tengoklah. Grand standing. Pembentangan bajet bukanlah suatu grand standing dengan izin.
Bukanlah suatu upacara untuk menunjukkan kebolehan kita bercakap dalam pelbagai bahasa, kita mengutarakan falsafah-falsafah yang gagal difahami oleh orang ramai. Kita ingin bercakap satu perkara yang direct dan jelas kepada rakyat.
Berbalik kepada apa yang saya nak sebut tadi di peringkat sebelum pada ini ialah peria berkenaan dengan bonus kepada kakitangan awam di negeri Terengganu pelbagai kategori tadi tak ada dalam pembentangan asal dan saya dah bagitahu kepada Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri bahawa saya takkan sebut dalam pembentangan bajet, saya akan sebut semasa penggulungan. Jadi ada orang tak sabar dan saya percaya yang tak sabar tu bukan kakitangan awam di negeri Terengganu pun mereka mungkin tak ada kena-menengena pun dengan kakitangan awam di negeri Terengganu.
Dato’ Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat, Kerajaan Negeri bersetuju untuk memberikan bonus kepada penjawat awam negeri Terengganu dengan jumlah RM500. Insya-Allah.
Dato’ Yang di-Pertua dan ahli-ahli yang berhormat,
Sebelum melaburkan tirai bicara, saya ingin sekali lagi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah bertukumus bagi menjayakan persidangan Dewan Undangan Negeri pada kali ini. Semua pihak yang terlibat daripada Ahli Yang Berhormat, pegawai-pegawai termasuklah mereka yang menyediakan ialah bentara dan mereka yang menyediakan kelengkapan-kelengkapan, menyediakan makanan. Saya rasa semuanya berperanan dan dikira sebagai satu amal soleh di sisi Allah Subhanahuwataala. Saya rasa itu sajalah apa yang saya nak sampaikan. Moga-moga kita mendapat keberkatan di sisi Allah Subhanahuwataala. Sekian. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

0 Comments