Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Terengganu Tahun 1448H/2026M


 1. Firman Allah SWT:

وَمَآ أَرۡسَلۡنَٰكَ إِلَّا رَحۡمَة لِّلۡعَٰلَمِينَ

Maksudnya: “Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.”

(Surah Al-Anbiya’ : Ayat 107)

2. Alhamdulillah, marilah kita bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana sekali lagi kita dipertemukan dalam Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Terengganu Darul Iman pada hari ini. 

3. Menghayati sambutan Maulidur Rasul tahun ini, Kerajaan Negeri akan terus memperkukuh pelbagai program berteraskan ilmu, penghayatan sirah serta pembinaan akhlak agar sambutan ini bukan sekadar menjadi acara tahunan bahkan menjadi pemangkin kepada pembentukan masyarakat yang lebih berilmu, berintegriti dan berakhlak mulia.

4. Mudah-mudahan setiap pengisian yang dilaksanakan menjadi asbab untuk memperkukuh kefahaman masyarakat terhadap sirah dan sunnah Rasulullah Sallallahualaihiwasallam agar terus menjadi pedoman dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara.

5. Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah bertungkus lumus bagi menjayakan majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri Terengganu Darul Iman pada tahun ini.

6. Ampun Tuanku. Sekianlah saja persembahan ucapan patik. Sekali lagi patik menjunjung kasih di atas limpah perkenan ke buah Duli Yang Maha Mulia Tuanku berangkat ke majlis sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Terengganu Darul Iman pada tahun ini. Ampun Tuanku.

Wabillahi taufik walhidayah. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Post a Comment

0 Comments