Majlis Sambutan Hari Renjer Sedunia Tahun 2026 Peringkat Negeri Terengganu

 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, marilah kita memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan kurnia-Nya, kita dapat bersama-sama pada hari ini dalam Majlis Sambutan Hari Renjer Sedunia Tahun 2026 Peringkat Negeri Terengganu Darul Iman.

Saya merakamkan ucapan tahniah dan penghargaan kepada Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu (MPTN) atas penganjuran program ini, serta kepada semua agensi, jabatan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang sentiasa memberikan sokongan terhadap usaha konservasi di negeri ini.

Sambutan Hari Renjer Sedunia bukan sekadar menjadi ruang untuk kita mengiktiraf jasa para renjer, tetapi turut menjadi peringatan bahawa kelestarian alam memerlukan keberanian, komitmen dan pengorbanan mereka yang berada di barisan hadapan. Renjer merupakan antara wira yang tidak didendang (unsung heroes) dalam usaha memelihara khazanah alam dan biodiversiti negara.

Para renjer yang sentiasa berada di lapangan. Mereka berdepan dengan ancaman pemburu haram, pencerobohan hutan, pembalakan dan penerokaan secara haram, di samping cabaran muka bumi, cuaca dan bahaya yang tidak dapat dijangka.

Kepada seluruh warga renjer, terima kasih atas segala jasa, dedikasi dan pengorbanan yang telah dicurahkan. Teruskanlah berkhidmat dengan penuh integriti, keberanian dan dedikasi.

Semoga segala usaha kita ini terus diberikan kekuatan oleh Allah SWT serta keselamatan dan perlindungan kepada seluruh warga renjer dalam melaksanakan amanah yang sangat mulia dan penting ini.

Selamat Hari Renjer Sedunia.

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya dengan sukacitanya merasmikan Sambutan Hari Renjer Sedunia Tahun 2026 Peringkat Negeri Terengganu Darul Iman.

Sekian, terima kasih.

Wabillahi taufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Post a Comment

0 Comments