Majlis MOU Antara LTAWNT, TW Agro Dinamik Sdn Bhd Dan Nanyan Holdings Sdn Bhd


 Alhamdulillah pada hari ini kita dapat bersama-sama hadir dalam majlis MOU yang saya kira sudah tentu sangat bererti kepada semua pihak yang terlibat.

Kita akan menyaksikan komitmen antara Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri, TW Agrodynamik Sdn. Bhd yang merupakan sebuah syarikat di bawah Lembaga Tabung dan Nanyan Holding Sdn Bhd bagi pembangunan hub bersepadu Agromakanan.

Sudah tentunya bagi pihak Kerajaan Negeri Terengganu, agenda keterjaminan makanan adalah melibatkan juga usaha untuk mengurangkan kebergantungan kepada sumber luar, membuka peluang ekonomi dan membina rantaian nilai yang lebih bermanfaat kepada rakyat tempatan.

Dalam konteks ini, projek Besut-Setiu Agropolitan atau BSA mempunyai potensi yang besar untuk dibangunkan sebagai kawasan agromakanan yang strategik di negeri ini di samping lebih banyak nilai ekonomi dapat dikekalkan dalam negeri dan membuka peluang kepada masyarakat tempatan.

Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang menjayakan sehingga kita sampai kepada peringkat hari ini, jabatan, agensi, pihak yang berkepentingan dan semua syarikat yang terlibat. Moga-moga ianya akan memberi manfaat yang berganda kepada semua, it's not just for the local economy but for the people of Terengganu secara secara khususnya.

Salah satu aspek yang saya mungkin rasa penting juga untuk kita lihat daripada sekarang kerana tentunya projek ini akan mengambil sedikit masa untuk direalisasikan dan beroperasi dalam keadaan sepenuhnya. To achieve 100% commissioning, it takes a little bit of time a to make it, to become perfect.

Sudah tentu pada peringkat ini kita boleh merancang pelbagai perkara. Antara perkara yang saya rasa agak penting juga mungkin sebahagian besar tanggungjawab ini boleh dimainkan oleh pihak kerajaan, saya minta kepada Yang Berhormat Exco, Yang Berhormat Datuk Dr. Azman bersama dengan Yang Berhormat mungkin sebab Yang Berhormat Exco Infra berada dalam keadaan MC. Mungkin saya minta UPEN, pengarah pemangku pengarah UPEN untuk mengambil tanggungjawab berbincang kembali dengan pihak ECRL, supaya akhirnya sebarang pengeluaran bahan-bahan hasil daripada AGRO ini dapat juga memanfaatkan penggunaan ECRL yang kita jangka dimaklumkan bahawa akhir tahun ini bermula akhir tahun ini akan start beroperasi.

Saya ingat lagi di awal bila sambung balik projek ini, saya bertemu dengan Yang Berhormat Menteri Pengangkutan Anthony Loke pada waktu itu dan saya bincang dengan beliau tentang potensi supaya kesemua stesen di Negeri Terengganu ini, kita ada enam stesen, enam stop iaitu kita ada di Jertih, kita ada di Setiu, Kuala Terengganu, Kita ada Dungun, kita ada Kemasik dan ada Cukai.

Daripada enam ini, dua adalah handling of passenger and cargo iaitu di Dungun dan juga di Cukai. Yang lain adalah handling of passengers. Saya sebut kepada Yang Berhormat Menteri Pengangkutan bahawa handling of passenger ini model di mana-mana atas dunia ni memang rugi. Model kereta api laju, kereta api yang separa ni 160 km/h, memang rugi di mana-mana atas dunia ni. Jadi kena top up dengan oleh kerana hanya dua saja diassign di Terengganu iaitu di Dungun dan juga Kemaman, lain-lain adalah passenger, saya mencadangkan kepada beliau aa di mana ECRL di bawah tanggungjawab beliau dan saya difahamkan telah disampaikan kepada ECRL supaya stesen-stesen yang lain yang empat lagi itu boleh diubah suai supaya boleh handle cargo, light cargo bukan heavy cargo.

Mungkin di sebelah Dungun dan cukai tu we have lots of heavy industries that involve heavy of transportation. Tapi di tempat-tempat lain mungkin light handling terutamanya dalam konteks kita pada hari ini di Setiu dan mungkin Besut nanti juga memerlukan lonjakan dari segi logistic transportation ini barulah kawasan industri di kawasan berkenaan boleh naik dengan begitu pantas sebab nak di Setiu umpamanya nak mengharapkan highway kita ada sekerat je sampai di Kampung Gemuruh, tak masuk lagi ke ke Setiu apatah lagi di Besut.

Dia bersetuju pada dasarnya cuma apabila pelaksanaan apabila melihat kepada ECRL trek tu, sebarang perubahan kepada trek itu melibatkan perubahan kos. Kalau katalah dalam keadaan biasa yang in the very ideal case nak tambah parallel line supaya kita boleh handle cargo. Kita ada cargo di line di station. Kalau ada parallel kita boleh ada uploading sebelah sini kan. Itu sebab yang paling ideal lah. Ianya melibatkan satu perbelanjaan yang agak besar. Jadi untuk ECRL mereka tak akan keluarkan belanja sedemikian kerana projek itu tidak dimasukkan di empat lagi stesen. Ini antara perkara yang boleh kerajaan negeri explore kemudian.

Tetapi untuk keadaan yang segera ini saya minta kepada UPEN dan juga Exco mungkin guna masa minggu hadapan kerana minggu hadapan ada function di Kuala Lumpur untuk berbincang balik dengan pihak ECRL supaya handling of passenger itu walaupun digunakan stesen yang sama tapi boleh juga dibuat some uploading area supaya dengan satu trek pun ataupun dua trek yang ada itu boleh digunakan untuk uploading.

Sebab saya percaya bahan-bahan agro yang mungkin boleh kita transport nanti tu tidak melibatkan penggunaan kren dia mungkin ataupun kren yang besar just kren biasa saja yang boleh terus dimasukkan di stesen yang berkenaan walaupun dari segi praktikalitinya mungkin kita rasa tentulah kren bahan kargo ini tidak akan disambung secara atau mengikut belakang passenger sebab passenger ini mungkin up 260 km/h bila bawa cargo tu dia tak dia tak dia don't travel at 160 km. Dia might travel up to 80 or just 90 km per hour.

Jadi mungkin penggunaan a gerabak yang berasingan dan yang memerlukan modification supaya kita tidak hanya menggunakan stesen-stesen passenger ini purely 100% for passengers. Kalau tidak jadi rugi dan kita tidak akan berjaya untuk meningkatkan ekonomi di kawasan yang yang lainlah di empat lagi stesen itu terutama di dalam konteks perbincangan kita pada hari ini atau pertemuan pada hari ini ialah di Setiu.

Sekiranya ini boleh dibuat saya percaya handling of any goods that coming out from Setiu dan juga Besut nanti akan lebih pantas. We are talking about apa buah-buah yang perlu sampai di Kuala Lumpur ataupun sampai di Singapura untuk dieksport keluar tu dalam waktu yang singkat.

Dan kita tahu bahawa buah umpamanya atau sayur kalau dihantar lari satu hari pun dah mungkin the quality gonna be different and the price also gonna be different. So ini antara perkara-perkara yang boleh kita pihak kerajaan untuk mengadakan perbincangan supaya uploading proses di passenger stesen itu boleh masih boleh dilakukan dengan kapasiti yang munasabah.

Finally, saya berharap supaya kerjasama ini dapat kita teruskan bukan sahaja di apa yang kita laksanakan di Setiu. Kalau berjaya insha-Allah kita berharap kita juga dapat we can extend to other places in Terengganu dan tentunya mungkin di negeri-negeri lainlah yang along the line of ECRL. Saya ucapkan terima kasih sekali lagi.

Moga-moga ianya berjaya insya-Allah. Sekian. Wabillahi taufik walhidayah. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Post a Comment

0 Comments