PN, BN ibarat kapal Titanic menunggu karam tak sama realiti politik hari ini – Samsuri


PORT DICKSON – Dakwaan kerjasama Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) diibaratkan seperti kapal Titanic yang hanya menunggu waktu karam adalah tidak relevan dengan mengambil jalan cerita filem yang berlaku 100 tahun lalu.

Pengerusi PN, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, Timbalan Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Hannah Yeoh itu perlu melihat realiti politik negara ini yang sentiasa dinamik dan sudah berbeza.

“Dia (Hannah) merujuk kepada cerita kapal Titanic yang sudah 100 tahun yang lalu, suasana dinamik yang ada pada hari ini sangat berbeza dan tak apalah biar dia dengan andaian dia.

“Kita meneliti akar umbi di bawah dan kita dapat lihat  suasana positif kepada kita. Soal dia nak berfikiran begitu, itu hak dia,” katanya yang juga Menteri Besar Terengganu.

Beliau ditemui MalaysiaGazette ketika turun berkempen membantu calon PN Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Abdul Fattah Zakaria di pasar malam Kampung Bandar Baru Sunggala di sini hari ini.

Naib Presiden Pas itu mengulas dakwaan Hannah yang menyifatkan kerjasama antara BN dan PN disifatkan umpama kapal Titanic yang hanya menunggu waktu untuk karam.

Hannah yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) berkata, keadaan itu akan terjadi berikutan kerjasama antara kedua-dua gabungan berkenaan tidak dibina atas asas kepercayaan dan kesetiaan politik.

Hannah berkata, kerjasama kedua-dua gabungan itu mungkin dilihat kukuh pada permulaan, namun sukar bertahan apabila masing-masing mempunyai cita-cita politik yang berbeza.

“Saya umpamakan kerjasama mereka seperti kapal Titanic yang akan karam bila-bila masa saja.

“Mereka bersorak gembira pada awal pelayaran, namun akhirnya karam selepas melanggar bongkah ais besar yang gagal dilihat berada di depan,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, BN dan PN mencapai persefahaman untuk mengelak pertembungan sesama sendiri di semua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Menerusi persefahaman itu, BN bertanding di 25 kerusi, manakala parti komponen PN iaitu PAS, GERAKAN, Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM), Parti Rakyat India Malaysia (MIPP) dan Parti Cinta Sabah (PCS) bertanding di 11 kerusi.

Gabungan itu berdepan Pakatan Harapan (PH) yang bertanding di semua 36 kerusi, selain BERSATU yang meletakkan calon di 24 DUN.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, BN dan PN mencapai persefahaman untuk mengelak pertembungan sesama sendiri di semua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Menerusi persefahaman itu, BN bertanding di 25 kerusi, manakala parti komponen PN iaitu PAS, GERAKAN, Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM), Parti Rakyat India Malaysia (MIPP) dan Parti Cinta Sabah (PCS) bertanding di 11 kerusi.

Gabungan itu berdepan Pakatan Harapan (PH) yang bertanding di semua 36 kerusi, selain BERSATU yang meletakkan calon di 24 DUN.

Mengulas lanjut, Hannah yang juga Ahli Parlimen Segambut berkata, kerjasama BN dan PN tidak mempunyai nilai ‘politik persahabatan’ kerana setiap pihak lebih mengutamakan cita-cita sendiri untuk menguasai tampuk kepimpinan negara.

“Masing-masing bercita-cita menjadi Perdana Menteri dan akan memijak satu sama lain untuk naik ke atas. Mereka juga tidak mahu rakan kerjasama berjaya. Yang mahu dijulang hanyalah pucuk masing-masing. Begitulah perumpamaan kerjasama BN dan PN hari ini.

“Mereka seperti kapal Titanic yang hanya menunggu masa untuk karam kerana tidak memiliki nilai politik persahabatan,” katanya. – MalaysiaGazette

Post a Comment

0 Comments