PH jadikan kerjasama BN-PN alat propaganda- Ahmad Samsuri


SEREMBAN – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar mendakwa Pakatan Harapan (PH) menjadikan kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) sebagai alat propaganda bagi mempengaruhi pengundi supaya menolak gabungan terbabit.

Menurut beliau, meskipun pemimpin gabungan itu telah pun memberi penjelasan beberapa kali tentang kerjasama terbabit yang tidak membawa kepada isu perkauman, namun PH masih berterusan bercakap mengenainya.

“Kalau kita tengok propaganda ini, mereka fikirkan bila diulang-ulang, lama-lama orang percaya.

“Tetapi saya rasa rakyat sudah celik pada waktu ini, dengan maklumat di hujung jari setiap orang, masing-masing boleh tengok apa yang diucapkan lima atau 10 tahun dahulu yang ada dirakamkan.

“Jadi tak timbul pun isu itu, mereka sebenarnya yang menimbulkan masalah sedemikian, ini boleh dilihat pada rekod yang lalu,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri program 'Nogori Beradat, Kito Muafakat' yang dianjurkan Muafakat Nasional di sini pada Ahad. -SinarHarian

Post a Comment

0 Comments