Bagi pihak Kerajaan Negeri, projek ini membawa satu mesej yang penting bahawa sisa pepejal tidak seharusnya hanya dilihat sebagai masalah yang perlu kita selesaikan. Bahkan turut berpotensi menjadi sumber yang boleh dimanfaatkan.
Dengan kemajuan teknologi apa yang sebelum ini kita buang boleh dipulihkan dan diberikan nilai baharu. Dan inilah pendekatan yang perlu kita terokai dalam usaha mewujudkan sistem pengurusan sisa yang lebih baik, berkesan dan mampan.
Saya difahamkan bahawa teknologi pemulihan yang diguna pakai untuk pengurusan sisa pepejal ini adalah parolisis di mana sisa yang sebelum ini dianggap sebagai beban berpotensi diproses menjadi sumber tenaga dan produk yang mempunyai nilai tanpa mengabaikan tanggungjawab pada alam sekitar.
Sebenarnya bila bercakap tentang parolisis ni dia macam dejavu sikit kepada saya kerana sebelum saya memulakan karier saya dalam bidang aerospace engineering, kajian yang pertama saya sebagai research officer adalah berkenaan dengan parolisis iaitu biomass porolysys yang menggunakan direct heat dan saya ingat lagi pada waktu itu sebagai young engineers, kita baru keluar daripada universiti baru jadi engineer diminta untuk membuat design chamber tu dengan burner sebab kita pakai direct heat parolysis dengan menggunakan sisa biomass daripada pelepah, sisa-sisa prosesan sawit dan sebagainya.
Tapi that was cerita tahun that was 1994 yang memberi minat saya yang pertama dalam bidang combusion and energy sehingga saya lepas itu melanjutkan pelajaran membuat masters dalam bidang combusion and energy.
Dan apa yang ironinya yang menjadi yang head the research itu adalah Dato’ Paduka Dr. Ahmad Sabirin Arsyad yang mana selepas itu Dato’ Dr. Ahmad Sabirin adalah menjadi ketua pegawai eksekutif ATSB yang memulakan projek satelite yang pertama.
Jadi sebelum dia pergi ke projek satelite itu, dia menjalankan research dalam parolisis kerana PhD beliau adalah dalam parolisis dan saya terlibat dalam kajian biomas parolisis pada peringkat awal itu.
Dan apabila beliau Menjadi Ketua Pegawai Eksekutif di bawah MOSTI untuk ATSB yang memulakan projek satelite yang pertama sehingga membawa kalau tuan-tuan tengok gambar-gambar lama, tuan-tuan akan dapati bahawa ada pertemuan di antara Dato’ Dr. Ahmad Sabirin Arsyad bersama dengan Elon Musk.
Apabila Elon Musk ada masalah untuk membuat pelancaran yang pertama fasiliti beliau, maka antara individu yang Elon Musk berjumpa pada waktu itu adalah Dato’ Ahmad Sabirin dan kami berpisah dan tidak tanpa disedari selepas puluhan belasan tahun rupa-rupanya kita bertemu di bidang yang lebih kurang sama dalam bidang aerospace engineering.
Sekiranya teknologi ini terbukti berkesan dan saya percaya dengan kepakaran yang ada ini, ianya akan berkesan serta selamat dan ekonomik dan memberi manfaat kepada alam sekitar dan masyarakat. Saya percaya pengalaman ini wajar untuk kita perkembangkan di tempat-tempat lain di Negeri Terengganu secara khususnya.
Dan projek-projek seperti ini adalah antara projek yang Kerajaan Negeri Terengganu sangat terbuka untuk menerima apa jua cadangan dan juga any type of proposal supaya kita dapat urus masalah-masalah yang sedia ada di Negeri Terengganu ini. Dan saya percaya bukan di sini saja masalah-masalah sampah sisa pejal ini ada tapi bahkan di beberapa tempat yang lain yang sedang kita atur uruskan supaya suasana yang kita lihat dengan sampah ini tidak menjadi eyesore ataupun menyakitkan mata kepada pengunjung ataupun kepada rakyat di sekitar ini.
Hadirin hadirat sekalian, dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim, saya dengan ini merasmikan kilang pemilihan sisa pepejal Ignis 3R di tapak pelupusan Sisa Pepejal Bukit Gelugor Kertih. Sekian. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

0 Comments