Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, bagaimanapun setakat ini belum terdapat sebarang perbincangan rasmi antara kedua-dua gabungan berhubung perkara berkenaan.
Beliau berkata, ruang untuk rundingan masih terbuka memandangkan tarikh PRN Melaka juga belum diketahui.
“PN juga terbuka untuk mengadakan sebarang bentuk perundingan walaupun buat masa ini belum ada perbincangan sedemikian.
“Kita juga belum mengetahui tarikh pilihan raya Melaka, dengan tempoh yang masih ada, ruang untuk berbincang masih terbuka luas, sama ada dalam kalangan pimpinan PN sendiri atau bersama rakan-rakan Muafakat. Jika mereka bersedia untuk berbincang, insya-Allah kami juga bersedia,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita elepas merasmikan Konvensyen Pas Perak Ke-23 di Taiping di sini, hari ini.
Ahmad Samsuri berkata, rundingan berkaitan kerjasama atau pembahagian kerusi itu sebaiknya dilakukan sebelum pembahagian kerusi antara parti dimuktamadkan.
Tambahnya, rundingan yang dibuat juga perlu mengambil kira kepentingan lebih besar khususnya memastikan pembentukan kerajaan yang stabil selepas pilihan raya.
Semalam, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata, parti itu terbuka untuk mengadakan kerjasama atau pertukaran kerusi dengan pihak tertentu bagi menghadapi PRN Melaka.-UTUSAN.

0 Comments