Dr Sam kongsi solusi tangani kemelut ekonomi negara


MENTADBIR sesebuah negara atau negeri bukan perlu dilihat populis, namun perlu ada kerangka dan hala tuju yang jelas. Namun apa yang berlaku di era Madani sekarang ia kelihatan seperti hampa tanpa dasar dan idea yang kompetitif. Negara perlu seorang pemimpin yang mampu berfikir di luar kotak. Itulah antara yang sedang diketengahkan PAS sekarang, melahirkan ramai pemimpin muda berkeliber. Antaranya calon PAS Pilihan Raya Kecil Parlimen Kemaman, DATO’ SERI DR AHMAD SAMSURI MOKHTAR yang juga Menteri Besar Terengganu. Kehadirannya membuktikan PAS tidak ketandusan pemimpin yang sebelum ini cuba digambarkan sekadar parti tok lebai. Bagi berkongsi pandangan dan idealimenya isu-isu berkaitan urus tadbir negara ikuti temubual Harakahdaily bersama Dr Ahmad Samsuri Ketika ditemui di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu semalam.

Apa pandangan Dato’ Seri berkenaan situasi ekonomi negara sekarang?

Saya berpandangan ekonomi Malaysia sekarang mempunyai masalah struktur yang amat signifikan. It’s a structural problem. Malaysia amat-amat memerlukan perubahan struktur kepada ekonomi kita. We are in a dire need of structural change to our economy. Untuk makluman, ekonomi Malaysia amat berorientasikan input modal, capital input, which is very unsustainable.

Ia memerlukan penglibatan kerajaan dalam bentuk projek-projek mega yang perlu diwujudkan oleh kerajaan, secara berterusan. Ya lah, memang lah ia juga mampu untuk menggerakkan ekonomi, namun ia tidak sustainable kerana akan menyebabkan beban kewangan berterusan kepada kerajaan.

Oleh itu it is very crucial for us move into a labour input economy as soon as possible, especially in the post pandemic recovery. Ini ditambah pula dengan rejim tekanan inflasi sekarang, the current inflationary pressure regime that our economy is facing.

Oleh itu penting untuk kerajaan segera memulihkan keyakinan pasaran terhadap Malaysia supaya pelaburan dapat dipulihkan dan modal asing akan kembali ke pasaran tempatan.

This will in turn mediate our economy into a new structure, which is based on labour input.

Mungkin Dato’ Seri ada pelan tindakan terhadap apa yang kerajaan Persekutuan perlu buat untuk menambah pendapatan negara?

Sebenarnya selepas kerajaan menjadikan GST pada kadar 0 peratus pada tahun 2018, kerajaan telah kehilangan RM22 bilion pendapatan, yang mana sehingga kini tidak ada sumber pendapatan ganti yang sustainable.

Oleh itu it is high time now for the government to have a reliable new revenue estream as replacement. Saya berpandangan banyak perkara yang kerajaan boleh lakukan.

PAS sendiri pernah terdahulu melalui “Dokumen Hijau” mencadangkan Cukai Pegangan Saham dan Cukai Simpanan Korporat sebagai alternatif pendangan baharu supaya kerajaan boleh menambah hasil.

Bukan sahaja ia boleh menambah pendapatan negara, malah PAS percaya ianya juga boleh memastikan agihan modal yang lebih efficienta more efficient capital distribution. Which would be good for the overall capital market too.

Namun dalam era perkembangan ekonomi digital sekarang saya juga berpandangan adalah lebih penting kerajaan mendahulukan langkah-langkah reformasi terhadap the legal and tax frameworks related to digital economy.

Digital Economy will contribute 23 peratus to Malaysia’s GDP by 2025. At the current state we are still not fully prepared to properly manage the emergence of digital economy. Hence a complete revamp is needed on the legal and tax framework of digital economy, supaya revenue daripada ekonomi digital boleh dimaksimumkan.

At the global scene, sudah ada cadangan oleh OECD untuk melaksana Global Minimum Tax untuk digital economy activities. Malaysia harus subscribe kepada cadangan ini.

Pada pandangan Dato’ Seri apakah langkah paling berkesan untuk menyelesaikan masalah kos sara hidup rakyat sekarang?

Kita terlebih dahulu perlu memahami kenapa masalah ini berlaku. Memanglah masalah kos sara hidup adalah part and parcel of a growing and developing economies.

Ianya berkait rapat dengan konsep asas ekonomi iaitu supply and demand, the dynamics of supply and demand. Yang mana sekiranya tiada keseimbangan, equilibrium, dalam hubungan supply and demand, maka inflasi atau deflasi akan berlaku, iaitu perubahan dalam paras harga.

Kemudian di sana ada masalah pemulihan ekonomi pasca pandemik. Tidak boleh dinafikan bahawa ekonomi global masih dalam proses normalisasi pasca pandemik.

Namun apa yang berlaku sekarang ialah proses recovery yang lebih panjang daripada apa yang dijangkakan, apa yang dikatakan oleh sesetengah pakar sebagai ‘L’ shape recovery dan ada juga berlaku di sesetengah negara berlaku ‘K’ shape recovery.

Semua ini menambahkan kepada masalah kos sara hidup yang sedia ada. Oleh itu pada pandangan saya semua ini memerlukan kepada a multi prone solutions, which are needed to tackle different phases of the problem. Untuk tempoh segera kerajaan perlu membetulkan the whole supply chain of goods supaya kecekapan penyampaian barangan kepada pengguna dapat dibaiki.

Proses ini akan membantu menghapuskan kos-kos yang tidak perlu, unnecessary costs that contribute to a higher price. Untuk tempoh sederhana dan panjang pengeluaran harus juga ditingkatkan bagi menurun dan menstabilkan harga barangan.

Oleh itu seharusnya tidak wujud sole source of supply, yang mana akan menjurus kepada monopoli. Perlu untuk diwujudkan pelbagai sumber bekalan, ini perlu di perkasa dan disuburkan, we have to promote and incentivize more production.

Pengeluar juga perlu untuk memastikan produktiviti mereka sentiasa optimum untuk kekal kompetitif. Semua ini akan menyumbang kepada menstabilkan paras harga. Whilst on the demand side, kerajaan perlu menilai semula kadar cukai pendapatan individu supaya berada pada kadar optimum.

Saya guna istilah ‘optimum’ ya, bukan istilah ‘rendah’. Kerana rendah dan tinggi itu amat subjektif. Kita ambil contoh di kebanyakan negara Eropah, kadar income tax adalah antara 0 hingga 45 peratus, tinggi tu. Tetapi kebanyakan perkhidmatan dan kemudahan kerajaan adalah percuma.

Di Malaysia mungkin jauh lebih rendah tetapi tidak semua percuma. So my point is there is no one rate fits all. Memanglah jalan mudah ialah dengan menaikkan gaji minimum hence more money to the rakyat.

Tetapi on the other side yang lebih penting ialah produktiviti juga perlu naik dan kerajaan perlu memastikan ini berlaku. Jika tidak semua ini akan menyumbang kepada inflasi dan kenaikan paras harga. Ini saya jawab secara ringkas dan impromptu la. Kalau nak lengkap kena dua jam lecture.

Macam mana Dato’ Seri melihat situasi kejatuhan nilai ringgit sekarang?

Sebenarnya banyak faktor yang boleh menyebabkan kejatuhan nilai matawang sesebuah negara. Apa lagi jika sesebuah negara itu merupakan negara perdagangan, seperti Malaysia.

Di samping faktor luaran ada juga faktor dalaman yang boleh menyebabkan matawang jatuh. Namun apa yang lebih penting adalah apa strategi dan langkah-langkah remedy yang boleh dilakukan oleh kerajaan untuk mengekang atau menghalang kejatuhan matawang, selain daripada hanya menyalahkan pihak luar.

Sebenarnya menaikkan kadar faedah juga merupakan salah satu langkah yang biasa dilakukan sebagai remedy. Dalam keadaan normal, sekiranya kadar faedah naik, nilai mata wang tempatan juga akan mengukuh.

Namun, ia perlu dibuat secara berhati-hati supaya ianya tidak terlalu menjejaskan pasaran. However, for Malaysia that is not the case. Ringgit continues to be sticky dan tidak mengukuh walaupun sudah tiga kali kerajaan menaikkan kadar faedah.

Oleh itu sudah tentu ada factor lain. Pandangan saya ianya amat berkait dengan keyakinan pasaran, market confidence, terhadap Malaysia. Kita boleh tengok ini berdasarkan aliran keluar modal daripada pasaran Malaysia, capital outflow.

Jesteru kerajaan perlu melakukan langkah-langkah drastik untuk mengembalikan keyakinan pasaran. Hentikan segera tindakan-tindakan yang bersifat counter attractive.

Di peringkat makro ekonomi pula, kerajaaan harus memastikan pengeluaran negeri meningkat bagi mengurangkan impot. National productivity need stobe enhanced urgently. Penggunaaan domestik, domestic consumption juga mesti ditingkatkan.

Salah satu cara ialah dengan menggalak penggunaan barangan tempatan dan melakukan pelancongan tempatan bagi menyokong permintaan, to support demand.

Local research and development must alsobe fortified supaya lebih banyak barangan dan perkhidmatan tempatan dapat dikeluarkan. Rakyat juga harus terus berbelanja, berbelanja secara berhemah la jangan sehingga membazir, di samping juga menyimpan.

Ini bagi memastikan aktiviti ekonomi terus subur. Di peringkat antarabangsa pula kerajaan harus berusaha untuk melakukan perdagangan dengan menggunakan ringgit, atau mata wang lain yang lebih mesra dengan pasaran Malaysia.

Sudah pasti ianya tidak mudah kerana negara lain juga ingin melindungi mata wang mereka, namun saya yakin dengan perundingan dua hala antara negeri-negara suatu kaedah yang sesuai boleh digunakan. Theres many ways to skin the cat

Post a Comment

0 Comments