MAIDAM naikkan kadar bantuan bulanan kepada RM500


 KUALA TERENGGANU: Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) menaikkan kadar bantuan bulanan daripada RM300 kepada RM500, iaitu peningkatan sebanyak 75 peratus, berkuat kuasa awal bulan lalu.

Yang Dipertua MAIDAM, Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail, berkata kenakan bantuan kepada kepada 609 golongan asnaf itu bagi membantu meringankan bebanan berikutan kenaikan harga barangan.

Berikutan kenaikan itu, katanya, MAIDAM membelanjakan sebanyak RM343,850 sebulan berbanding RM268,550 sebelum ini.

"Seramai 609 golongan asnaf termasuk fakir dan miskin menerima bantuan bulanan daripada MAIDAM," katanya kepada media pada majlis penyerahan zakat perniagaan, di sini hari ini.

Mengulas sasaran kutipan zakat tahun ini, Shaikh Harun berkata, pihaknya menyasarkan kutipan zakat tahun sebanyak RM260 juta.

"Setakat ini kita berjaya membuat pungutan zakat sebanyak RM160 juta dan kita yakin sasaran ditetapkan akan tercapai sebelum akhir tahun ini," katanya.

Post a Comment

0 Comments