PRK: Pas tak pandang rendah kemampuan lawan

Kuala Nerus: PAS tidak memandang rendah keupayaan parti lawan dan menggesa semua ahli dan jentera parti bekerja keras dalam menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman, 2 Disember depan.

Naib Presiden PAS yang juga Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, Pas tidak boleh berada dalam keadaan selesa untuk menghadapi pilihan raya itu meskipun majoriti besar dimenangi parti berkenaan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) lalu.

Beliau berkata, semua jentera dan ahli parti perlu bekerja keras dan tidak memandang rendah keupayaan parti lawan bagi memastikan kemenangan.

"Kemenangan besar pada pilihan raya lalu bukan menjadi 'lesen' untuk PAS berada dalam keadaan selesa kerana macam-macam boleh berlaku.

Post a Comment

0 Comments