TDM labur RM29.1 juta bina dua hospital


KUALA TERENGGANU: Kumpulan TDM Bhd (TDM) melabur sebanyak RM29.1 juta bagi pembinaan dua buah hospital masing-masing di Terengganu dan Selangor, tahun ini.

Pengarah Eksekutif TDM Najman Kamaruddin berkata dua hospital berkenaan adalah Kumpulan Medic Iman (KMI) Chukai di Kemaman dan Hospital Razif di Klang.

Beliau berkata pelaburan itu bertujuan meningkatkan lagi pendapatan syarikat dalam bidang penjagaan kesihatan yang ketika ini menyumbang lebih 50 peratus kepada keuntungan TDM.

"Pelaburan sebanyak RM14.1 juta diperuntukkan untuk pembinaan hospital baharu KMI Chukai di Kemaman yang mempunyai kapasiti 100 katil manakala Hospital Razif pula melibatkan pelaburan sebanyak RM15 juta bagi proses pengambilalihan.

"Kedua-dua hospital ini diuruskan oleh Kumpulan Medic Iman Sdn Bhd (KMI Healthcare) yang menumpukan penjagaan kesihatan dan mempamerkan prestasi memberangsangkan beberapa tahun kebelakangan ini," katanya.

-ADVERTISEMENT-
Ads by
Beliau berkata pelaburan itu bertujuan meningkatkan lagi pendapatan syarikat dalam bidang penjagaan kesihatan yang ketika ini menyumbang lebih 50 peratus kepada keuntungan TDM."Pelaburan sebanyak RM14.1 juta diperuntukkan untuk pembinaan hospital baharu KMI Chukai di Kemaman yang mempunyai kapasiti 100 katil manakala Hospital Razif pula melibatkan pelaburan sebanyak RM15 juta bagi proses pengambilalihan.

Post a Comment

0 Comments