Perlis, Terengganu perkukuh kerjasama pelancongan


KANGAR: Lawatan kerja kerajaan negeri ke Terengganu membawa impak terbaik selain mengukuhkan kerjasama dalam bidang pelancongan sempena Tahun Melawat Perlis 2024-2025.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian, dan Warisan, Wan Badariah Wan Saad, kunjungan itu juga untuk mendapatkan pandangan dan nasihat mengenai perancangan Pusat Kebudayaan Perlis yang sedang giat dijalankan kini.

“Terengganu telah berjaya menubuhkan Kampung Budaya Terengganu sebagai pusat seni dan budaya warisan sejak September 2020, mencakupi pelbagai elemen seni dari setiap sudut Terengganu,” katanya semasa ditemui di sini hari ini.

Lawatan tiga hari bermula 6 Januari lalu turut disertai Ahli Parlimen Padang Besar, Rushdan Rusmi, dan Pengarah Perhutanan negeri, Ag. Shaffie Ag. Ahmadni.

Rombongan disambut oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Perubahan Iklim, dan Alam Sekitar Terengganu, Datuk Razali Idris dan Pengarah Jabatan Pelancongan, Ahmad Ridzwan Abd Rahman.

Kata Wan Badariah lagi, menerusi kerjasama mantap ini, dijangkakan akan membawa semangat baru dalam memperkukuhkan inisiatif seni dan budaya di kedua-dua negeri.

Tambahnya, ini sekali gus ujarnya dapat mencipta landskap budaya yang semakin bertenaga dan berwarna-warni.

“Kerjasama ini juga diharapkan dapat menguatkan inisiatif seni dan budaya, serta memperkaya warisan kebudayaan Malaysia secara keseluruhan,” tambah beliau lagi.

Wan Badariah mencuba aktiviti di Kampung Budaya Terengganu.

Post a Comment

0 Comments