Hotel terkecuali arahan tutup 2 jam setiap tengah hari Jumaat


KUALA TERENGGANU: Penutupan semua premis perniagaan dalam kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) selama dua jam bermula 12.30 tengah hari hingga 2.30 petang setiap Jumaat berkuat kuasa 1 Januari lalu, tidak membabitkan sektor perhotelan.

Pengerusi Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Terengganu, Suaibah Harun, berkata operasi hotel sepanjang tempoh itu bagaimanapun akan hanya dikendalikan kakitangan wanita dan bukan Islam.

Katanya, susulan pekeliling penutupan operasi semua premis perniagaan dikeluarkan MBKT bertarikh 2 Januari lalu, pihaknya menghubungi Datuk Bandar Kuala Terengganu, Rosli Latif yang kemudian bersetuju memberi pengecualian kepada sektor perhotelan.

Suaibah yang juga Pengurus Besar Primula Beach Resort, berkata pelanggan, terutama dari luar negeri ini menghadapi masalah untuk membuat pendaftaran kemasukan jika penutupan operasi turut membabitkan hotel.

"Tidak menusabah hotel biarkan pelanggan, terutama yang datang dari luar negeri ini berkeliaran di lobi jika penutupan operasi perniagaan selama dua itu turut membabitkan sektor perhotelan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sementara itu, pengusaha pasar raya memaklumkan, mereka sebenarnya sudah menutup operasi perniagaan selama dua jam setiap Jumaat sejak 2014 lagi.

Pengurus Pasaraya Besar Mydin, Suzana Romeli, berkata semua pasaraya Mydin di seluruh negeri ini turut menangguhkan urus niaga selama lima hingga tujuh minit ketika azan berkemundang.

"Kita juga akan mengumumkan kepada pelanggan mengenai waktu solat terutama membabitkan solat zohor, asar, magrib dan isyak," katanya.

Sementara itu, Rosli memaklumkan, pihaknya akan memberi penjelasan lanjut mengenai arahan berkenaan yang sebelum ini dikeluarkan secara menyeluruh.

"Kita akan kaji semula arahan itu dan akan mengadakan sidang media khas petang ini selepas mengambil kira pandangan beberapa pihak, termasuk sektor perhotelan," katanya.

-ADVERTISEMENT-
Ads byPengerusi Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Terengganu, Suaibah Harun, berkata operasi hotel sepanjang tempoh itu bagaimanapun akan hanya dikendalikan kakitangan wanita dan bukan Islam.Katanya, susulan pekeliling penutupan operasi semua premis perniagaan dikeluarkan MBKT bertarikh 2 Januari lalu, pihaknya menghubungi Datuk Bandar Kuala Terengganu, Rosli Latif yang kemudian bersetuju memberi pengecualian kepada sektor perhotelan.



Post a Comment

0 Comments