Ahmad Samsuri yang merupakan pakar kejuruteraan aeroangkasa berkata, tawaran tersebut menjadi tanggungjawab sebagai rakyat negara ini untuk membantu siasatan tersebut.
Menurutnya, bagaimanapun, pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan menjalankan siasatan secara terperinci berhubung kemalangan tersebut.
“Tidak siapa mahu tragedi seperti itu berlaku dan saya percaya pihak tentera akan melakukan apa juga untuk menjalankan siasatan dan mengenal pasti punca kejadian itu berlaku.
“Banyak perkara yang mungkin akan dilihat oleh mereka terutama dari segi helikopter ‘control’ (kawalan) sama ada di luar kawalan atau masih lagi dalam kawalan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu Ke-15 di Wisma Darul Iman, di sini, hari ini.
Ahmad Samsuri menambah, siasatan juga termasuk kemungkinan helikopter itu tidak dapat dikawal oleh sebab-sebab tertentu.
“Segala kemungkinan harus dipertimbangkan (dalam siasatan) oleh mereka,” katanya.
Dalam pada itu, Ahmad Samsuri yang mewakili kerajaan negeri merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga anggota tentera yang kehilangan ahli keluarga mereka dalam tragedi berkenaan.
“Apa pun, sekali lagi takziah kepada semua, semoga kesemua mangsa yang terkorban itu berada di dalam lindungan dan rahmat Allah SWT,” katanya.
Utusan Malaysia hari ini melaporkan dua helikopter milik TLDM terhempas semasa raptai perbarisan Hari TLDM ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut, Perak, pukul 9.32 pagi, semalam.
Nahas itu menyebabkan 10 pegawai dan anggota TLDM termasuk tiga wanita dari Skuadron 502 yang berpangkalan di sini dan di Kota Kinabalu, Sabah terkorban.
0 Comments