Beras: ‘Peluru’ dihala kepada Terengganu kena kawan sendiri


KUALA TERENGGANU: Tanpa disedari ‘peluru’ yang dihalakan pihak tertentu kepada Terengganu mengenai beras Terengganu Best sebenarnya terkena kawan sendiri.

Bagi Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi negeri, Dr Azman Ibrahim, isunya simple sahaja.

Katanya, ia bermula kerana teguran beliau berkaitan kes membuang beras yang berlaku di Pahang.

“Kerana teguran ini viral ada individu tak puas hati dan mencari isu untuk menyerang balik Terengganu,” kata beliau dalam satu hantaran di laman sosialnya.

Menurutnya, beras jenama Terengganu Best yang didakwa kotor dan ada jerami dijadikan modal untuk memburukkan Terengganu.

“Tanpa sedar ‘peluru’ yang dihalakan kepada Terengganu sebenarnya kena kawan sendiri kerana beras Terengganu Best adalah keluaran BERNAS dan bukannya Kerajaan Terengganu,” jelasnya.

Tambahnya, untuk bantu membersihkan nama BERNAS walaupun agensi itu di bawah Kerajaan Pusat, beliau post gambar-gambar bahawa beliau sudah melawat kilang BERNAS.

Katanya, beliau juga menerangkan bagaimana proses di kilang padi itu berlaku bermula daripada menerima padi dari sawah sehingga menjadi beras.

Beliau menjelaskan lagi, lawatan itu adalah biasa bagi Exco, bukan lawatan kerana timbul isu Terengganu Best.

Menurutnya, dalam tempoh lima tahun lepas, beberapa kali lawatan ke kilang BERNAS telah dibuat.

“BERNAS pula mengeluarkan kenyataan bahawa program beras Terengganu Best yang bermula tahun 2010 sebenarnya telah ditamatkan pada 2012.

I rest my case. Terima kasih semua,” ujarnya yang juga ADUN Jabi.

Post a Comment

0 Comments