KUALA TERENGGANU, 22 April - Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin hari ini berkenan merasmikan Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN)Terengganu Ke-15 di Wisma Darul Iman di sini.
Keberangkatan Baginda diiringi Yang Di-Pertuan Muda Terengganu Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin dan Tengku Muhammad Muaz Sultan Mizan Zainal Abidin.
Ketibaan baginda disambut Menteri Besar Dato Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Yang Dipertua DUN, Dato' Mohd Nor Hamzah.
Turut menyambut ketibaan baginda, Setiausaha Kerajaan Negeri, Tengku Seri Bijaya Raja; Panglima Briged Kelapan Infantri Malaysia Ke-29, Brigedier Jeneral Muzamil Ali dan Ketua Polis Negeri DCP, Datuk Mazli Mazlan.
Istiadat dimulakan dengan berkumandangnya lagu kebesaran Negeri Terengganu sebelum Sultan Mizan berkenaan memeriksa Kawalan Kehormatan Utama Kawalan Kehormatan terdiri daripada Unit 6, Pasukan Simpanan Persekutuan Terengganu dan Pancaragam Rejimen 512 (Askar Wataniah)
Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu kali ke-15 akan bermula hari ini hingga 25 April 2024.
0 Comments