1. Alhamdulillah, dan tahniah pada semua Ahli-Ahli Lembaga Pengarah Syarikat di bawah Kerajaan Terengganu yang dilantik memegang tugas. Ini pertemuan pertama kita secara beramai-ramai selepas penggal yang baharu ini. Kebanyakannya muka yang sama tetapi di tempat yang berbeza. Ada yang di tempat yang sama but mostly telah bertukar tempat.
2. Saya amat berbesar hati pada mala mini di atas kehadiran :
·
Y. Bhg. Tan Sri Dato’
Seri Sir Dr Jeffrey Cheah, pengasas & pengerusi Sunway Group, yang semua
orang tahu tentang Sunway. Anak-anak kalau sebut Sunway Lagoon, semua kenal. Ahli-ahli
Parlimen Terengganu they are so familiar with Sunway Hotel kerana Ahli Parlimen
daripada Terengganu dan negeri lain juga akan menginap di Sunway Putra Hotel.
Last two years, revenue Sunway Group capai 5 bilion, saya percaya tahun 2023
lebih banyak lagi.
·
Y. Bhg. Tan Sri Syed
Azman Syed Ibrahim, pengasas & pengerusi Weststar Group of Companies.
Terima kasih Tan Sri dapat bersama pada hari ini. Saya pernah duduk dengan Tan
Sri berjam-jam mendengar cerita operasi di Bosnia kerana Tan Sri dahulu adalah
yang diminta ole Perdana Menteri pada waktu itu, Tun Dr Mahathir untuk membantu
Bosnia ketika perang yang berlaku di Bosnia suatu ketika dahulu.
·
Tan Sri Dr Sharifah Zarah
Syed Ahmad, yang saya panggil Kak Pah, mantan Ketua Setiausaha Kementerian
Komunikasi & Multimedia Malaysia, the Minister Counsellor di PBB (United
Nations), dan gender expert in the UN Economic and Social Council, ke Program
CDP pada tahun ini. I have a long story with Tan Sri Dr Sharifah Zarah kerana
kami berada di University of Lingkom, Tan Sri juga buat PHD pada waktu itu dan
dua-dua anaknya datang ke rumah untuk belajar mengaji al-Quran dengan my wife
pada waktu itu. Rupanya Tan Sri Sharifah pun nak belajar mengaji jugak. Setiap
petang dia akan datang ke kawasan rumah kami untuk mengaji. Saya ingat saya
panggil Kak Pah itu untuk belajar mengaji sungguh, rupanya bila dia datang dia
dah pandai mengaji. Bukan nak belajar ni, just nak polish. Cerita 25 tahun yang
lalu.
Welcome to Terengganu Tan Sri - Tan Sri.
3.
Semua berkumpul pada hari
ini adalah sebahagian dari tugas dan tanggungjawab sebagai Ahli Lembaga
Pengarah, dalam GLC yang sudah tentunya berbeza sekiranya kita menjadi Ahli
Lembaga Pengarah dan BoD di Syarikat Persendirian mahupun Syarikat Awam yang
lain. Itulah asas utama yang kita mesti ingat, kita ini berada dalam GLC di
bawah Kerajaan Negeri Terengganu.
4. Secara umumnya, GLc ini diberi berbagai nama peringkat antarabangsa. Ada yang dinamakan sebagai state-owned enterprises (SOEs), ada dinamakan di peringkat antarabangsa sebagai government corporations, government-linked companies (GLCs), state enterprises, publicly owned corporations, government business enterprises and crown corporations. Macam-macam nama yang diberikan.
5. Di Malaysia ini terkenal dengan nama GLC yang didefinisikan oleh Ministry of Finance sebagai “business entities that the government has a controlling stake”, di mana kerajaan mempunyai kawalan, controlling stake sehingga mempunyai kemampuan melantik BoD dan boleh membuat keputusan penting. Ada banyak GLC yang tuan-puan yang menjadi Ahli Lembaga Pengarah ni bukan 100%, ada yang majority, ada yang minority, macam-macam.
6. Di UK disebut sebagai State Owned Enterprises (SOE) dan istilah ini juga digunakan oleh Organization for Economic Cooperative and Development (OECD) dan the World Bank di mana dalam definisi di UK, disebut sebagai “enterprises that aim at least to break even financially, and that sell goods and services to large numbers of buyers’; dan di Jepun, State Owned Enterprises (SOE) sebut sebagai a chartered companies that has a strong link to the public benefit”.
7. Oleh itu, sesebuah GLCs mempunyai perbezaan matlamat, misi, dan tujuan dari aspek kepentingan awam dan kewajipan sosial, berbanding dengan sebuah syarikat biasa. Kalau syarikat biasa, objectives, the mission, vision, purpose berbeza dengan kita. Untuk GLC seperti kita ini, kita ada dua tujuan.
8. (1) tentulah tiada orang berniaga nak rugi. meraih keuntungan dan (2) melaksanakan kewajiban sosialnya sesuai dengan agenda kerajaan yang menguasainya (yang menyebabkan GLC wajib mengikut arahan Kerajaan dalam menentukan harga atau kos perkhidmatannya, dan ini tentunya menyebabkan GLC tidak dapat memperolehi keuntungan maksima seperti syarikat awam biasa). For example, at the Federal Level, Tenaga Nasional Berhad, kita tak boleh sesuka hati yang di bawah Khazanah, di bawah Kerajaan untuk menentukan kadar tariff elektrik dengan sendirinya di pasaran ataupun untung rugi pengiraan syarikat, tak boleh dan lain-lain syarikat lah. Dia kena dengar apa kata kerajaan. Dan kita yang beroperasi di bawah GLC Negeri Terengganu ini, harus mendengar apa kata kerajaan.
9.
Di mana syarikat yang
biasa di luar sana, objektifnya ialah yang pertama sama dengan kita : untuk mendapatkan
keuntungan; memang berniaga ni nak untung takda orang berniaga nak rugi dan
memaksimalkan nilai pemegang sahamnya-matlamat yang berbeza. Ini mungkin
berbeza dengan mungkin yang tuan-tuan semua tahu seperti Government Pension
Fund of Norway atau biasa kita dengar sebagai Norweigen Sovereign Fund.
Saya pernah pergi ke Kementerian Norway untuk mendapatkan lebih maklumat
mengenai Sovereign Fund, nak
tengok apa yang kitab oleh laksanakan di Negeri Terengganu dengan Sovereign
Fund yang kita ada. Norweigen Sovereign Fund ni pernah sebagai
the largest tetapi sekarang Chinese Sovereign Fund. At one time, mereka ada 1
trilion usd. Dan purpose mereka walaupun mereka ada high percentage dalam
sebuah syarikat sekalipun di pasaran saham, mereka tak akan cheat in the board.
Itu beza dengan kita, kita ada share yang kita nak dalam board. Mereka hanya
jadi passive investor, jadi Cuma dividend membuatkan mereka masuk dalamlebih
1400 syarikat di dunia untuk mendapatkan keuntungan yang maksima. Banyak benda
yang berbeza dengan Norway. Walaupun mereka kaya dengan minyak, mereka punya
peraturan, tidak boleh mengambil royalty daripada minyak untuk urus tadbir
negara. Maksima yang mereka boleh ambil hanyalah 4% sahaja. 4% setiap tahun
daripada bajet Kerajaan Norway boleh diambil daripada wang royalty petroleum,
oil and gas. Saya pernah tanya mereka, kenapa 4%? dia kata kalau government
mampu dapat 1 bilion oil and gas ini, 1 bilion ini dilaburkan, fixed deposit
dapat 4%, jadi dia hanya pakai bunga, tak pakai pokok.
Hadirin dan hadirat sekelian,
10. Penyertaan tuan-tuan dan puan-puan ini adalah komitmen berterusan Terengganu Inc terhadap pembangunan profesional dan penambahbaikan berterusan dalam Kumpulan, kita nak setiap daripada kita ini tidak menjadi pasif BoD tetapi menjadi Ahli Lembaga Pengarah yang bermakna kepada organization sebab itulah diadakan Corporate Directors’ Programme 2024 (“CDP 2024”) yang akan berlangsung pada hari esok.
11.
Program CDP 2024 yang bertemakan
“Empowering Tomorrow: Investing In ESG for a Sustainable Future”, yang
mana detailnya telah disebut oleh President dan Pegawai Eksekutif tadi.
12.
Pemahaman tentang ESG
kepada semua ahli Lembaga pengarah, nak biacara tentang ESG ini adalah penting untuk menguruskan risiko, merebut peluang,
meningkatkan hubungan dengan pihak berkepentingan dan memastikan kelestarian
serta kejayaan jangka panjang organisasi dalam landskap global yang berubah.
Global landskap yang ada sekarang ini memang sangat unik. Last three weeks,
saya berada di Paris kebetulan ada program di Paris dan mengadakan pertemuan
dengan Duta Malaysia di Paris bersama team, pegawai-pegawai kerajaan dan
jabatan-jabatan yang beroperasi di Perancis. Merek menyebut bahawa kebanyakan
syarikat-syarikat besar yang outsource untuk mendapatkan produk di sebelah
sini, Vietnam atau …terutama mereka nak outsource untuk mendapatkan
perkhidmatan atau produk-produk tertentu tetapi dengan syarat. Mereka akan
berunding mana-mana syarikat yang supply barang kepada mereka yang tidak ada
ESG , yang tidak ada green energy, yang baru yang tidak ada 15-20 tahun dahulu,
mereka tidak akan layan. Itulah yang tidak dapat dielakkan dalam konteks
perdagangan global.
13.
Dan sudah tentu Negeri Terengganu
participate dalam Sustainable Development
Goals (SDG), kita juga melalui Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) telah mengambil langkah-langkah yang perlu
dengan menubuhkan beberapa jawatankuasa untuk mencapai keutamaan
pembangunan dengan menyelaraskan agenda,
program, dan segala inisiatif Kerajaan Negeri supaya in line dengan Sustainable Development Goals (SDG).
14. Dan dalam masa yang sama, Kerajaan Negeri juga menyokong usaha penghasilan tenaga boleh diperbaharui (renewable energy) terutamanya menerusi solar bumbung premis-premis Kerajaan.
15.
Dan saya difahamkan GLC
kita juga ada terlibat di premis masing-masing seperti di Primula Beach Hotel,
PESAKA, Permint Plywood, SATU dan Permai Hotel pun sedang meningkatkan
keupayaan solar di premis masing-masing.
16. Untuk menjayakan aspirasi renewable energy yang dipertingkatkan ini, yang mungkin di awal dahulu, apa kita sibuk-sibuk tentang renewable energy ini, tetapi oleh kerana apa yang saya sebut tadi bahawa the global trend, untuk produk kita boleh dimarketkan di luar, syarikat-syarikat daripada luar ini mendapat tekanan untuk hanya subscribe atau membeli produk-produk ekonomi tempatan daripada mereka yang terlibat dalam SDG, dan renewable energy atau green energy. Mereka tidak ada pilihan dan kita juga tidak ada pilihan. We need to ourselves involve dalam hal ini. Jadi, oleh kerana itu jugalah, Terengganu Inc telah mengorak langkah dengan bekerjasama bersama dengan TNB Genco bagi melaksanakan ladang solar terapung di Tasik Kenyir yang dijangka dapat menghasilkan sehingga 2,000MW tenaga elektrik, dengan fasa pertama sebanyak 400MW yang menelan belanja sebnayak RM2 bilion, akan dimulakan dalam masa enam bulan akan datang, dan ia akan menjadi the largest floating solar di Malaysia, insya-Allah yang akan dapat dijayakan di Negeri Terengganu, Tasik Kenyir, insya-Allah. Dan ini dapat meningkatkan pendapatan baharu Negeri Terengganu.
17.
Usaha ini adalah juga selari
dengan matlamat Kerajaan Negeri bagi menghasilkan 1,000MW tenaga dari solar dalam tempoh lima tahun akan datang
yang akan meningkatkan kapasiti penjanaan melebihi 30% menjelang 2025.
Peranan
Lembaga Pengarah
Hadirin dan hadirat sekelian,
18.
Lembaga Pengarah dan
individu-individu yang memegang jawatan syarikat telah bertanggungjawab untuk
memimpin dan menguruskan syarikat dengan cara yang berkesan dan
bertanggungjawab.
19.
Kita ada tanggungjawab
undang-undang untuk bertindak demi kepentingan terbaik syarikat. Ini yang kita
sebut melaksanakan “fiduciary duty”. Kepentingan terbaik syarikat, ini
kena ingat selalu, dan bukan kepentingan terbaik peribadi. Kepentingan terbaik syarikat,
this is our fiduciary duty tetapi kepentingan syarikat yang menjana pulangan
pada syarikat, dan syarikat adalah milik Kerajaan Negeri sebagai “share
holders”. Kita mungkin ada sentimen dengan latar belakang pelbagai. BoD, 7 8 orang
mari daripada latarbelakang pelbagai-bagai, bila discuss and seat down, discuss
boleh bergaduh, boleh apa-apa dalam mesyuarat tu, perlu diingat bahawa semua
itu bukan kepentingan peribadi, tetapi kepentingan syarikat.
20. Sebagaimana yang semua kita tahu, apabila kita memegang jawatan dalam GLC, maka kita tertakluk kepada pelbagai peraturan dan undang undang yang tuan-tuan yang saya rasa dalam program Corporate sebelum ini pernah lalui, kalau lupa saya nak sebut seperti; SPRM Act 2009, Contract Law 1950, Anti-Money Laundering (AMLA), Anti-Terrorism Financing and Proceeds of Unlawful Activities Act 2001, Competition Act 2010, Income Tax Act 1967, Employment Act 1955, EPF Act 1991, dan Employees’ Social Security Act 1969. Akta yang mengikat kita, perlu kita ambil kira dalam menjalankan tugas dan amanah sebagai Ahli Lembaga Pengarah.
· Apa
pun, sebagai pengarah ini, kita perlu menekuni beberapa perkara.
(1) menyertai dalam setiap mesyuarat dengan berkesan- participate dalam
mesyuarat. Bukan hadir sekadar saje-saje tetapi hendaklah menyertai
perbincangan sebagai Ahli Lembaga Pengarah.
(2)
memahami aspirasi perniagaan syarikat,
(3)
menyumbang pada amalan tadbir urus yang terbaik kepada syarikat,
(4) mampu membaca dan memahami pelan perniagaan (business plan), laporan kewangan (financial report), audit report, dan berbagai jenis laporan lagi. InsyaAllah TI akan menyusun latihan-latihan yang bersesuaian untuk tuan/puan, dan saya percaya ilmu yang kita akan perolehi bukan sekadar kerana menjadi Ahli Lembaga Pengarah sahaja, tetapi ilmu itulah yang akan menjadi ilmu alat untuk kita meneruskan tugas dan tanggungjawab masing-masing di medan yang lebih besar daripada itu, insya-Allah.
21. Berkenaan dengan prestasi Syarikat GLC di bawah Terengganu Inc, suka saya memberikan beberapa gambaran kepada tuan-tuan dan puan-puan.
22.
Jika dilihat daripada
pencapaian keseluruhan Kumpulan Terengganu Inc, bermula daripada 2018 (jangan
ditanya kenapa 2018, kita tidak bertanggungjawab dengan apa yang berlaku
sebelum 2018), terdapat peningkatan dalam jumlah hasil kumpulan secara
keseluruhannya.
23. Pendapatan pada tahun 2018 adalah sebanyak RM964 juta dan pada tahun 2023 telah meningkat kepada RM1.5 bilion, peningkatan 58%. Mungkin ada sesetengah orang kata, yelah orang berniaga mana nak menurun, tiada. Ini zaman 2018, 2021 tu zaman covid, lepas tu kenapa 2023 kita boleh capai 1.5 bilion?
24. Pada tahun 2018, kerugian sebelum cukai sebanyak RM43 juta telah bertukar kepada keuntungan sebelum cukai sebanyak RM78 juta pada tahun 2021, RM76 juta 2022, dan RM46 juta pada 2023.
25. Bagi tahun 2024 ini, Kumpulan Terengganu Inc mensasarkan pendapatan sebanyak RM1.8 bilion. Kita mensasarkan ini adalah yang paling tinggi iaitu 24% melebihi pendapatan tahun 2023 dan keuntungan sebelum cukai dianggarkan akan mencecah RM100 juta pada tahun 2024.
26.
Tahniah saya ucapkan
kepada semua dan yang contributenya adalah tuan puan daripada pelbagai jenis
syarikat ini.
LANGKAH KE HADAPAN TERENGGANU INC
GROUP
Hadirin dan hadirat sekelian,
27. Dalam dunia perniagaan serba canggih dengan penggunaan teknologi terkini dan artificial intelligence (AI), dan dalam usaha kita untuk kekal relevan dengan perubahan zaman ini, Terengganu Inc telah mengambil beberapa langkah yang signifikan bagi memastikan hasil dan keuntungan kita tidak menyusut.
28. Kita akan mengurangkan kebergantungan kepada tanaman kelapa sawit dengan tidak menambah kawasan tanaman baharu tetapi kiat akan memperkenalkan (1) langkah-langkah penambahbaikan dalam operasi (“operational improvement”) dan (2) peningkatan dalam kecekapan (“efficiency”) di ladang-ladang sedia ada.
29. Kita juga bersungguh-sungguh mengusahakan program Carbon Credit unntuk menjana hasil baharu kepada kerajaan. Setakat ini Terengganu Inc telah mengadakan perbincangan dengan PETRONAS dan kita sedang dalam proses mewujudkan dua projek pilot dalam merealisasikan sumber pendapatan baharu. Yang tiada orang boleh sekat, ada pendapatan negeri ni yang orang boleh sekat, tapi yang ni tak boleh sekat.
30. Kita juga mengembangkan sektor perniagaan Penjagaan Kesihatan (Healthcare) yang telah memperlihatkan (“growth rate”) yang sangat tinggi dan memberangsangkan sejak tiga tahun lepas. Saya tak tahu orang koho sakit ke, koho segar. Kalau koho sakit in one side, takdoklah hasil, the other side jadi susah hati pulak. Pendapatan dari sektor penjagaan kesihatan melalui KMI kita telah melebihi RM300 juta dijangka akan meningkat kepada RM900 juta pada tahun 2030, di mana Bed capacity dijangka akan mencecah 900 katil seawal tahun 2028, 4 tahun daripada sekarang. Ini kategori amatur lah berbanding dengan Sunway. Tapi, we are catching up, mungkin satu masa nanti kami boleh bekerjasama dengan Sunway, insya-Allah.
31.
Dan ada satu lagu projek
yang in the pipe line, ini bukan projek kita keluar duit, projek yang dibida
oleh salah sebuah GLC kita yang saya tak nak sebut lagi kalau tidak ada yang
potong line pula, bukan yang ada di sini tapi orang lain. Yang telah dibida dan
telah dapat kata positif dan projek berkenaan bernilai 1.5 bilion, Insya-Allah.
Kalau everything sebagaimana yang diplan-kan, ia akan melonjakkan prestasi atau
revenue kepada Terengganu Inc dan insya-Allah keuntungan Terengganu Inc akan
meningkat dan kita pun bolehlah mempunyai program-program CSR yang lebih baik
dalam tempoh yang terdekat ini, insya-Allah.
Hadirin dan hadirat sekelian,
32.
Berkenaan dengan
keanggotaan ahli Lembaga pengarah, pecahan terkini ahli lembaga pengarah GLC
Terengganu adalah 25% daripada keseluruhan Ahli Lembaga Pengarah dalam 53
syarikat, 25% diwakili oleh wakil kerajaan, 8% diwakili oleh pentadbir kerajaan
negeri (TCS), 14% dari pasukan pengurusan dan 46% adalah dari kalangan korporat. Kalau nak
dibandingkan dengan tempat lain, less corporate people dalam GLC berbanding
orang politik atau wakil daripada kerajaan.
33. Kita merasakan gabungan ini berkesan untuk menjadikan Lembaga pengarah syarikat-syarikat GLC kita berfungsi dengan baik dan lebih dinamik.
34. Komposisi sebegini mampu untuk meningkatkan keupayaan ahli Lembaga pengarah dalam membuat keputusan strategik untuk kebaikan Kumpulan & Syarikat.
35.
Kita ada buat internal
survey di kalangan Ahli Lembaga Pengarah sebagai salah satu usaha untuk
memahami Ahli Lembaga Pengarah dan kita cari jalan apa yang kita perlu
buat. Dalam survey ini, kita dapati
lebih 90% Lembaga Pengarah Kumpulan Terengganu Inc memahami tentang
tadbir urus berkaitan Lembaga Pengarah. Saya ucapkan tahniah kepada semua,
walaupun kita daripada latar belakang berbagai-bagai, tetapi keupayaan
tuan-tuan untuk memahami peranan tadbir urus adalah sangat baik.
36. Tetapi dalam masa yang sama, kita akan meneruskan juga latihan kepada Lembaga pengarah ini, latihan dan seminar sekurang-kurangnya 2 kali setahun supaya setiap pengarah mampu memahami tugasan masing-masing dan memastikan proses pembelajaran dan pembangunan Lembaga Pengarah yang berterusan bagi memastikan keberkesanan Lembaga Pengarah dalam melaksanakan tugas mereka.
37. CSR menjadi antara perkara yang sangat penting kepada sesebuah GLC terutama kita di negeri Terengganu ini, kerana kita sedar kita di Terengganu ini, apa yang berlaku di waktu-waktu terakhir ini, kekangan itu kekangan ini dari segi kewangan dan sebagainya, jadi sebab itulah ingin melonjakkan prestasi syarikat supaya beroleh keuntungan yang banyak dan kita boleh kembalikan keuntungan itu dalam bentuk CSR.
38. Dalam hal ini, Kumpulan Terengganu Inc telah membelanjakan sejumlah RM7.3 juta bagi 6 bulan pertama untuk tahun 2024. Perbelanjaan CSR ini disasarkan kepada komuniti, pendidikan, persekitaran, sukan, keagamaan dan sebagainya merangkumi sumbangan pelbagai Kawasan, DUN, Parlimen, Agensi, NGO dan sebagainya.
39.
Oleh kerana dana agak
terhad, maka bermula saat ini hingga seterusnya, kita minta kepada TI supaya
mengadakan perbincangan dengan semua anak-anak syarikat supaya kita dapat aturkan
CSR mengikut kumpulan sasar yang lebih objektif dan lebih khusus, tidak tembak
merata, biar berfokus dan tempat yang lebih bersasar. Saya tak nak jelaskan
lebih lanjut, tapi saya rasa semua faham, lebih berfokus, berobjektif dan
mempunyai nilai yang kita capai. Jadi, perlu lebih tersusun supaya tidaklah
kita focus di daerah-daerah tertentu sahaja, atau kelompok masyarakat tertentu
sahaja, contoh nelayan saja, petani tidak dapat, tak boleh begitu. Kita acroos
the board, melihat semua kalangan dan membuat penilaian di manakah tempat
paling mustahak untuk dilaksanakan tanggungjawab sosial kepada mereka ini.
40. Perkara ini 7.3 juta, dan kebiasaannya sebanyak RM11-12 juta setahun yang dibelanjakan sejak tahun 2018.
41. Selain daripada itu juga, Terengganu Inc pada tahun ini telah berkolaborasi dengan Yayasan Pendidikan Maidam bagi program biasiswa Tunas Scholar dengan dana awal sebanyak RM1.3 juta pada tahun 2024.
42. Program Biasiswa Tunas Scholar ini mensasarkan golongan anak-anak asnaf fakir, miskin dan fisabilillah yang layak bagi melanjutkan pengajian dalam bidang diploma kejururawatan & physiotherapy.
43. Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada Kumpulan Terengganu Inc yang telah menyumbang kepada program biasiswa YT-TI ‘Young Talent Scholarship Programme’ yang akan dilaksanakan bagi tahun ke tiga pada tahun ini.
44. Sebelum ini, TI telah menyumbang sebanyak RM500,000.00 setahun untuk program ini dengan tajaan kepada sepuluh orang pelajar cemerlang daripada golongan B40 untuk melanjutkan pelajaran diperingkat Ijazah Pertama.
DAN SAYA DENGAN SUKACITA MENGUMUMKAN YANG JUMLAH TAJAAN INI UNTUK TAHUN
PENGAJIAN 2025/26 AKAN DINAIKKAN SEBANYAK RM500,000 LAGI MENJADIKAN JUMLAH BANTUAN
SEBANYAK RM1 JUTA SETAHUN.
46.
Moga-moga majlis pada malam ini, program tuan-tuan pada hari esok akan memberi
makna yang besar untuk meningkatkan keupayaan diri kita untuk memahami tentang
tugas dan tanggungjawab sebagai Ahli Lembaga Pengarah. Kita mahu kita di Negeri
Terengganu ini menjadi model. Kita bermula dengan takt ahu apa-apa sebagai Ahli
Lembaga Pengarah. Saya ingat lagi, bila ambil alih kerajaan pada 2018, kita
pernah petik beberapa orang dalam syarikat. Ada yang jumpa saya beritahu, nak
kena buat apa eh? Ini hari pertama. Tak apa. Bermula daripada tak tahu, kita
buat itu ini, Alhamdulillah, dengan prestasi yang kita tunjukkan tadi bahawa
setiap daripada kita boleh belajar, boleh memahami, tak kira latar belakang apa
kita sekalipun, kita boleh sebenarnya, dan itulah yang kita nak tunjukkan model
dalam masyarakat kita, regardless who you are or education background, kita
boleh sebenarnya untuk menjalankan tugas tanggungjawab wasiayasatudduniabih.
Assalamualaikum wrt brkt.
Duyong Marina Convention Centre
10 September 2024
0 Comments