Alhamdulillah, kita dapat bersama pada tengah hari ini dalam suatu persinggahan di kalangan riders atau Kembara Bermotosikal daripada Kuala Terengganu bagi program Kembara Terengganu Sejahtera : Jiwa Merdeka sempena pengibaran Jalur Gemilang 2024 dan Sambutan Kemerdekaan Peringkat Negeri Terengganu pada tahun 2024 di Daerah Kemaman pada tengah hari ini.
Perjalanan yang saya kira tidak jauh pada zaman ini berbanding dengan jarak yang sama untuk perjalanan di kalangan para pejuang kemerdekaan. 67 tahun yang lalu dan sebelum daripada itu. Kuala Terengganu nak sampai Kemaman mugkin dua hari, tiga hari berjalan kaki atau kenderaan yang lain, kuda dan sebagainya. Semua di antara kita yang ada pada hari ini, mungkin seorang dua jelah. Umur lebih 67 tahun, di kalangan kakitangan awam yang ada di bawah bumbung pada hari ini, confirm umur dia kurang daripada 60 tahun. Dan kita lahir selepas daripada kemerdekaan. Kita terima kemerdekaan, yang diperjuangkan oleh orang-orang yang terdahulu daripada kita. Semua pihak dan kalangan telah memperjuangkan kemerdekaan, daripada sekecil-kecilnya sampai ke sebesar-besar. Sehingga pada tahun 1957, kita menyambut kemerdekaan kita. Kemerdekaan ini tidak memberi apa-apa erti atau makna sekiranya kita tidak memandu negeri dan negara kita ini untuk menjadi merdeka sepenuhnya. Sebagai satu tema yang dipilih pada tahun ini, Jiwa Merdeka. Ertinya dilihat sangat mudah, jiwa merdeka. Ya, kita mahu jiwa kita merdeka, tetapi tafsiran bagi jiwa merdeka bagi kita, orang Melayu, orang Islam, berbanding dengan orang lain yang berada di bumi Jepun, Korea, Eropah, Amerika, Britain, jiwa merdeka bagi mereka adalah kebebasan tanpa sempadan atau sempadannya berbeza dari kita.
Apa yang saya nak sebut ialah bahawa tanggungjawab yang besar yang ada pada kita ialah kitalah sendiri yang memilih bagaimana untuk mengurus tadbir, membangun negara kita. Bukan orang lain, walaupun mungkin kita rasa terkesima, mungkin rasa teruja dengan segala bentuk pembangunan, kemewahan negara-negara di Eropah. Di Scandinavia, di Korea, di Jepun tetapi akhirnya cara bagaimana kita ingin mengurus tadbir negara kita ini adalah berada di tangan kita dan tidak kita rujuk kepada perkara-perkara yang lain atau negara-negara yang lain. Walaupun begitu, cabaran yang kita hadapi pada waktu ini dan mendatang ini saya percaya, ada cabaran yang sama dengan cabaran yang dihadapi oleh negara-negara di luar sana.
Saya pernah bercakap dengan para pimpinan masyarakat, dari Korea, dari Jepun, dari Eropah, bila kita bercakap dengan mereka, persoalan yang mereka tanya tentang kita ialah bagaimana kita di Malaysia ini mengurus kalangan generasi baru, the young generation yang ada dalam negara kita. Saya tanya kepada mereka ini kenapa persoalan young generation atau generasi baru, yang saya pun tak tahu dah panggil apa sekarang ini, X, Y, Z ke apa ke benda. X. Y, Z tu dia ada urutan tahun-tahun dia. Saya tanya mereka apa masalah sebenarnya sehingga mereka mengemukakan persoalan. Mereka kata ini negara mereka. Mereka kata young generation yang ada pada waktu ini, of course tak sama dengan young generation yang ada pada dahulu. Ketahanan (resilient), ketahanan jiwa, mental, tafsiran kebebasan minda yang berbeza. Mereka nak sebebas-bebasnya. Mereka tidak lagi mengerti tentang sejarah. Mereka tidak lagi mengerti tentang tatasusila, pendidikan sivik yang kita belajar dulu di peringkat sekolah tatarakyat, sivik kita belajar dahulu. Rupa-rupanya masalah di negara-negara maju; Korea, Jepun, Eropah terhadap generasi muda mereka sama, tidak ada ketahanan. Sama ada perkara itu kita sedang hadapi pada waktu ini, saya tak nak jawab, saya tak nak utarakan. Tuan-tuan sendiri yang tahu, tentang masalah generasi kemudian yang akan melapis dan jadi pelapis kepada kita suatu masa nanti terutama di perkhidmatan awam nanti. Saya ada bercakap dengan pemimpin sebuah syarikat multinasional Malaysia- saya tak nak sebutlah yang mana. Dia kata, para pekerja yang ada di syarikat mereka waktu ini tak sama dengan 10 tahun, 15 tahun dahulu. Saya tanya kenapa? Dalam bahasa mudah dia jawab; pekerja yang ada sekarang ini professional ke tak professional ke sama je dia kata. Bila kita tegur sikit, merajuk, koyak, nak berhenti kerja. Berhenti kerja masuk kerja baru. Masuk kerja baru pun sama juga. Bos marah sikit je, sindir sikit je, berhenti kerja, kerja lain pula. Termasuklah di syarikat-syarikat multinasional.
Fenomena ini ia berlaku secara kita tak sedar, natural. Sehingga ke dalam rumah kita pun, saya rasa tak sama. Mak ayah dulu tegur kita, bukan tegur, piat lagi dengan hanger, dengan rotan. Tak dop apa satu, lari sekejap balik rumah tok, sekerat hari balik semula, minta maaf dengan mak ayah. Tapi, yang ada pada waktu ini, salah cakap sikit je merajuk, itu di rumah-yang dalam kawalan kita. Bagaimana pula dengan generasi yang ada bertebaran di luar, yang mengisi jawatan-jawatan pekerjaan dekat syarikat dan dalam perkhidmatan awam. Ada yang kuat semangat, ada yang resilient dia tinggi, tapi ramai yang kita akan berdepan dengan masalah yang sedemikian.
Trend ini kalau berterusan, saya tak tahu 10 tahun, 15 tahun akan datang ini bagaimanakah rupa bentuk generasi yang ada. Bila kata generasi, mereka inilah yang mengisi kemerdekaan dalam negara kita, sama ada dalam perkhidmatan awam, sama ada dalam syarikat, sama ada dalam apa jua servis yang ada dalam negara kita ini. Ini bukan sesuatu yang bukan nak selesai pada hari ini, semua lapar perut belaka, kita ada agenda lain,agenda makan- adalah suatu persoalan yang saya nak utarakan sahaja supaya sama-sama kita berfikir, dan kita merenung tentang nasib anak bangsa kita yang tentunya berdepan dengan cabaran yang jauh lebih hebat berbanding dengan dahulu. Tak payah pergi jauh, zaman kita dahulu ada badan penapisan untuk yang kita tengok dalam TV, dalam filem dan sebagainya. Pada waktu ini, ada secara rasminya tetapi apa yang masuk ke dalam telefon mereka, dalam rumah mereka, tak de lagi dah, keluar dalam Nextflix, dalam Prime Video, semua tu tanpa sebarang penapisan.
Sekarang, 5 tahun, 10 tahun lagi Wallahu’alam. Dan itulah cabaran anak cucu kita dalam mengurus tadbir mengisi kemenangan, kemerdekaan yang ada dalam negara kita ini. Sesuatu yang sama-sama saya minta kita fikir. Pertama, kita kena sedar ini adalah the real and present danger. Suasana depan mata kita yang memerlukan suatu cara dan kaedah untuk menanganinya. Supaya generasi yang kita tinggalkan nanti adalah generasi yang mampu berdepan dengan pelbagai cabaran dan mampu untuk mengangkat negeri kita, mengangkat negara kita ke tahap yang jauh lebih baik daripada apa yang ada sekarang ini dan menjadi unggul di mata dunia, Insya-Allah.
Saya rasa itu sahajalah apa yang saya nak sampaikan. Untuk kita mengambil makna kemerdekaan dalam erti kata yang sebenarnya. Sekian, dengan membaca Bismillahirrahmanirrahim, saya merasmikan Program Kembara Terengganu Sejahtera pada hari ini, moga-moga diberi keberkatan di sisi Allah SWT. Sekian, Assalamualaikum wrt brkt.
0 Comments