Teks Ucapan MB Terengganu, YAB Dato' Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar sempena Majlis Perasmian Sambutan Jubli Emas Ulang Tahun Ke-50 Yayasan Islam Terengganu

 


1.      Alhamdulillah kita dapat bersama-sama berkumpul di pagi ini sempena Majlis Perasmian Sambutan Jubli Emas Sempena Ulang Tahun ke-50 Yayasan Islam Terengganu.

 

2.      Tahniah dan ucapan setinggi-tinggi kasih kepada Yayasan Islam Terengganu di atas penganjuran Sambutan Jubli Emas Sempena Ulang Tahun ke-50 (1974-2024) Yayasan Islam Terengganu ini.

 

50 Tahun YIT

3.    Sudah tentu sepanjang 50 tahun ini Yayasan Islam Terengganu terus menyumbang dalam bidang dakwah, pendidikan peringkat tadika sehingga peringkat pengajian tinggi, penyelidikan, penerbitan buku dan kitab serta khidmat bakti kepada masyarakat seluruh pelusuk Negeri Terengganu.

 

4.    Saya berharap Yayasan Islam Terengganu akan terus  konsisten sebagai salah sebuah Jabatan Berkanun Kerajaan Negeri Terengganu yang aktif dalam menyebarkan dakwah bertepatan dengan motto “Dakwah Teras Khaira Ummah”.

 

5.    Semoga matlamat penganjuran program ini mampu meningkatkan tahap penghayatan rakyat Terengganu kepada pembudayaan ilmu, menyokong aktiviti dakwah dan meningkatkan tahap perpaduan dalam kalangan rakyat seterusnya menyambung usaha menegakkan syiar Islam di Negeri Terengganu Darul Iman ini.

 

Beras segantang telah disukat,

Lalu disimpan di gerobok lama,

Yayasan Islam Terengganu terus muafakat,

Syiar Islam dijulang bersama.

 

6.      Dengan lafaz suci Bismillahirrahmanirrahim, saya dengan ini merasmikan Sambutan Jubli Emas Sempena Ulang Tahun ke-50 Yayasan Islam Terengganu.

 

Sekian, terima kasih.


Post a Comment

0 Comments