Teks Ucapan MB Terengganu, YAB Dato' Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Terengganu Tahun 1446H/2024M


 1. Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah S.W.T dengan limpah rahmat kurnia dan izinNya kita dapat bersama-sama hadir pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul S.A.W Peringkat Negeri Terengganu Darul Iman bagi Tahun 1446 Hijrah bersamaan 2024 Masihi yang penuh berkat ini. Semoga dengan majlis sambutan ini akan menambahkan lagi rasa cinta dan sayang kita terhadap baginda Rasulullah Sollallohu Alaihi Wasallam. Baginda Nabi S.A.W.

2. Baginda Nabi SAW adalah tauladan buat kita semua, adalah sangat wajar untuk umat Islam di Terengganu khususnya mendalami dan meneliti contoh dan akhlak yang dibawa oleh baginda Nabi SAW. Oleh kerana itu, sukalah saya mengajak kita semua untuk menekuni Sirah Nabi SAW dengan menjadikan buku sirah Nabi SAW sebagai antara buku utama dalam pembacaan kita pada tahun ini.  

3. Di Peringkat Kerajaan Negeri, dalam usaha untuk menyemarakkan sambutan Maulidur Rasul S.A.W di Negeri Terengganu yang tercinta ini, telah merancang dan melaksanakan pelbagai program bertujuan untuk memperkasa intelek dan meningkatkan kesejahteraan jiwa masyarakat. 

4. Kita akan meneruskan pendekatan dakwah yang lebih bertenaga  melalui penyampaian ilmu dan tarbiyah, serta menggunakan pendekatan yang lebih menyeluruh dan berkesan melibatkan segenap lapisan masyarakat.

5. Selain program-program yang dirancang oleh pihak kerajaan sepanjang bulan Rabi’ul Awwal ini, saya percaya pelbagai pihak akan turut menganjurkan pelbagai aktiviti dalam menyemai rasa kasih dan cinta pada Nabi SAW. 

6. Akhirnya, marilah kita bersama-sama menyambut Maulidur Rasul ini dengan penuh rasa insaf dan berusaha mengikut jejak langkah contoh model kita, iaitu Nabi Muhammad S.A.W dan para Sahabat Baginda. Semoga segala usaha kita diberkati oleh Allah S.W.T.


Ampun Tuanku,

Sekianlah sahaja persembahan ucapan patik, sekali lagi patik menjunjung kasih di atas limpah perkenan Kebawah Duli-Duli Tuanku berangkat ke Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Terengganu Darul Iman pada tahun ini.

Ampun Tuanku,


Wabillahi Taufiq Wal Hidayah,

WassalamualaikumWarahmatullahi Wabarakatuh.


Post a Comment

0 Comments