Teks ucapan MB Terengganu, YAB Dato' Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar sempena Majlis Anugerah Pingat Emas Yayasan Terengganu 2023 (Kali Ke-43) & Hadiah Kecemerlangan SPM, STPM Dan STAM 2022




Alhamdulillah kita bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana pada hari ini dapat kita bersama dalam Majlis Anugerah Pingat Emas Yayasan Terengganu 2023 (Kali Ke – 43) & Hadiah Kecemerlangan SPM, STPM & STAM 2022 yang sudah tentu memberi makna yang sangat besar kepada semua di antara kita yang hadir dalam dewan pada pagi ini terutama kepada para penerima yang telah mencapai kecemerlangan dalam pengajian mereka di pelbagai peringkat.

Tanaman yang tengah subur yang sewajarnya terus dibajai supaya dapat tumbuh dan dapat mengelakkan pokok kita ini daripada  penyakit-penyakit yang akan merosakkan pokok yang kita tanam ini dan merekalah yang akan menjadi  tunjang dalam negeri dan dalam negara kita seterusnya memberi sumbangan ke dalam masyarakat. 

Tahniah saya ucapkan kepada semua anak-anak pelajar dan ibu bapa serta guru-guru serta semua pihak sehingga semua penerima-penerima yang pada hari ini mencapai kecemerlangan mereka dalam pengajian di peringkat masing-masing. 


Kecemerlangan Terengganu


Dalam peperiksaan SPM tahun 2022 Negeri Terengganu telah mengekalkan kecemerlangan dengan Gred Purata Negeri (GPN) 4.59 mengatasi Gred Purata Nasional 4.74. Hebat. Hebat orang Terengganu kita. 

Daripada 18,747 calon telah menduduki peperiksaan SPM pada tahun 2022, seramai 333 calon atau 2.07% telah memperoleh keputusan cemerlang semua A berbanding 321 calon pada tahun 2021. Ini pun pencapaian yang sangat hebat. 

Bagi kategori STPM pula, Terengganu berjaya mengekalkan tradisi kecemerlangan apabila pencapaian keputusan STPM 2022 terbaik kebangsaan untuk empat tahun berturut-turut bermula tahun 2019 dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.04. Peringkat nasional PNGK Nasional iaitu 2.82 dengan perbezaan 0.22%.  

STPM pula, seramai 2,178 calon berdaftar untuk menduduki peperiksaan STPM 2022, daripada jumlah tersebut seramai 112 calon yang memperoleh keputusan cemerlang semua A. STAM, Terengganu merekodkan keputusan cemerlang dengan memperoleh Gred Purata Nasional (GPN) 3.13 berbanding 3.15 pada tahun 2021.

Ta

Ini kita bercakap tentang suasana semasa. Kali yang ke-43 kita adakan majlis yang kita adakan seperti ini. Suatu masa dahulu ramai di kalangan ibu bapa yang berada di sini saya percaya termasuk saya juga pernah menerima berada dalam majlis yang sama seperti ini suatu masa dahulu. Sampai waktu dan ketikanya kitaran itu akan sampai di mana anak-anak para pelajar yang cemerlang dan yang juga tidak dapat masuk ke dalam majlis pada hari ini dalam perjalanan kehidupan mereka itu, mereka juga akan beroleh kejayaan masing-masing dengan syarat sepanjang perjalanan kita semua sebagai pelajar daripada awal sehingga ke liang lahad, kita tidak berpaling ke belakang.

Kalau di negara-negara Barat dipopularkan life long learning process, continuous improvement dalam kehidupan, dalam pengajian, tidak berhenti di tahap peperiksaan. Habis periksa tidak berhenti di situ. Tidak berhenti di peringkat SPM, STPM atau STAM ataupun di universiti. Tidak berhenti di situ sahaja.

Kita haruslah mempunyai objektif, mempunyai matlamat yang ingin kita capai dalam kehidupan kita. Itu jugalah yang sebenarnya saya nak sebut di sini yang menjadi motivasi kepada saya untuk terus pursue whatever certification yang boleh walaupun ada kawan-kawan saya tanya yang seusia dengan saya kata, “Apa lagi yang nak dicapai dengan memperolehi professional engineer?”. Saya kata, “This is not about myself only tetapi tentang motivasi yang saya nak tunjukkan pada generasi baru terutama yang masih berada di dalam sistem pengajian”. Tidak ada yang boleh menghalang anak-anak tuan-tuan dan puan-puan untuk terus mencapai kejayaan dan mencapai impian.

Ya, dalam perjalanan kita belajar. Esok akan masuk universiti. Saya percaya kita akan bertemu dengan pelbagai cabaran dan ujian. Hari-hari telefon mak mungkin menangis esok nak peperiksaan, assignment tak buat bila dah masuk universiti nanti. Hari-hari bila dah sampai peringkat buat Master, buat PHD akan telefon keluarga menangis kerana apa? Kerana dimarah oleh supervisor, oleh lecturer, tak dapat result sebagaimana yang sepatutnya, assignment tak sempat buat, tutorial tak sempat buat, dissertation or thesis Master PHD tak sempat habis lagi sedangkan masa mengejar kita.

Perkara ini tidak akan terhenti dalam perjalanan pengajian kita semua. Dan perkara yang paling penting ialah kena ada semangat yang kuat. Ketahanan resilience. Kena ada ketahanan sebab itu saya selalu sebut dalam mana-mana motivasi yang saya berikan, Mohamad Ali lagenda boxing heavy weight dunia, mungkin generasi anak-anak kita tak kenal Mat Ali. Dia kenal zaman kemudian, Mike Tyson dan sebagainya, Evander Holyfield. Zaman Mat Ali zaman George Foreman tapi zaman mak ayah ni lah.

Mat Ali sebut, tidak ada salahnya dalam perlawanan tinju, dalam ring itu untuk kita jatuh. Kena tumbuk, jatuhlah. Tapi yang salahnya bila kita jatuh kita tak boleh bangun-bangun. Kita jatuh bukan mesti kalah lagi. Kita akan tercedera, berdarah dan sebagainya tetapi bagaimana kita boleh berdiri kita belum tewas. Dan itulah perjalanan anak-anak dalam pengajian semua. Kita mungkin ada kertas itu ada masalah. Mungkin gagal dalam kertas-kertas tertentu bila dah masuk univerisiti nanti. Jangan jadikan itu sebagai suatu alasan untuk melemahkan semangat. Jadikan itu adalah suatu azimat untuk meneruskan yourself determination, increase your resilience, ni saya cerita kepada anak-anak ni, increase your resilience in life sebab apa yang dihadapi oleh anak-anak semua di peringkat pengajian, sekolah. Lepas ni yang cemerlang tu akan masuk universiti.

Bila keluar daripada universiti dan berdepan dengan alam pekerjaan sebenarnya sama. Alam pekerjaan juga memerlukan mereka yang mempunyai semangat yang kuat, barulah boleh berdiri dalam perjalanan kehidupan mereka ini. selagi kita tidak mempunyai semangat yang kuat, selagi kita tidak boleh menerima kelemahan diri kita, kita kena terima apa juga kelemahan diri kita, bukan bermakna we succumb to our weaknesses, menyerah kepada kelemahan tetapi kita menjadikan kelemahan itu kita tengok di mana kelemahan kita and we strategize back how to win over our weaknesses untuk memenangi balik segala kelemahan kita itu.

That how we strategize our studying environment. Barulah kecemerlangan yang ditunjukkan oleh anak-anak dalam majlis hari ini yang diberi anugerah pada hari ini akan memberi makna dalam kehidupan. 20 tahun lagi insya-Allah tuan-tuan anak-anak akan ingat balik bahawa the very core attribute kepada kejayaan dalam kehidupan ini ialah you believe in yourself, percaya kepada diri sendiri, jangan tengok orang lain kita rasa lemah semangat. Esok ni nak pergi mengaji dekat Harvard, nak pergi ke Oxford, nak pergi Cambridge, nak pergi Jordan nak pergi mana-mana, tengok orang keliling kita, uish hebat dia. Kenapa fikir orang hebat dan tak fikir bahawa at one time in our life, anak-anak semua berada di sini menerima kecemerlangan. Apa maksudnya? Maksudnya anak-anak semua adalah orang yang hebat juga. Kenapa nampak hebat orang lain. Tetapi akhirnya kehebatan kita, kecemerlangan yang kita dapat itu sepatutnya menjadikan diri kita ini menjadi lebih tawaduk. Kerana akhirnya kita akan tahu the more we learn, the more we realize the vast wealth of knowledge bahawa ilmu sebenarnya apabila kita kaji, kaji, kaji, rupanya kita kaji sikit je daripada keseluruhan the pool of knowledge yang ada dalam dunia ini dan barulah kita akan mengenal diri kita yang sebenarnya.

 

Komitmen Kerajaan

 

Kerajaan Negeri akn terus memberikan komitmen kepada semua pelajar Terengganu dalam memartabatkan Pembangunan Pendidikan untuk menjadikan hasrat Terengganu untuk menjadi sebuah Negeri Anjung Ilmu.

Mana-mana kita pergi, kita pergi Kuala Lumpur kita jumpa dengan orang-orang lama-lama dia akan sebut Terengganu ni masyhur. Pendidikan terbaik, anak-anak SPM terbaik, ramai STPM dan sebagainya terbaik. Daripada dulu sampai sekarang.

Dan oleh kerana itu juga, Kerajaan Negeri telah mewujudkan beberapa inisiatif dalam pembangunan serta pemerkasaan pendidikan tinggi dengan keutamaan kepada golongan B40 yang layak di bawah kelolaan Yayasan Terengganu iaitu Skim Pelajar Cemerlang (SPC) merangkumi penajaan bagi Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Ph.D di dalam atau luar negara dalam bidang yang tertentu. Bukan semua bidang. Ada orang tanya pasal apa tak boleh buka luas? Kita kalau seluk poket tengok-tengok 10 ringgit. 10 ringgit takkan kita nakgi makan kat Primula. 10, 50 ringgit kita gi la cari kedai-kedai tepi jalan. Kita seluk poket tengok-tengok ada seribu dalam poket haa baru sedap sikit nak gi makan kat mahal-mahal. Begitulah cara kita merancang untuk pembangunan pendidikan dalam negeri kita ini.

 

Pen Penutup

 

Akhir sekali saya ucapkan sekali lagi terima kasih dan tahniah kepada semua ibu bapa yang saya rasa feel all over the moon pada hari ini, semua rasa sangat teruja dengan anak mereka. Tahniah, para ibu bapa telah membuktikan bahawa nothing is impossible, tidak ada yang mustahil untuk dicapai oleh kita semua.   

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya merasmikan majlis kita pada hari ini. Moga-moga mendapat keberkatan daripada Allah SWT.

 

Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Post a Comment

0 Comments