Beliau juga mengingatkan supaya berhati-hati ketika memandu, patuhi undang-undang yang ditetapkan dan jaga etika ketika berada di jalan raya.
“Jika penat, berhenti rehat dan solat. Jemput juga untuk bersama-sama mengimarahkan surau-surau serta masjid-masjid yang ada di Terengganu,” katanya yang juga Ahli Parlimen Kemaman.
Dr Ahmad Samsuri juga berharap semoga selamat perjalanan datang dan pulang nanti.
Sementara itu, RXZ Members mengucapkan terima kasih kepada semua pihak masjid yang menunggu kedatangan mereka sempena program ‘RXZ Members 6.0’ pada 13 dan 14 September ini.
“Alhamdulillah, terima kasih semua pihak masjid yang terlibat dengan RXZ Members, masjid-masjid di bawah ni menunggu kedatangan korang semua. Masjid yang mesra musafir. Alhamdulillah,” ujar RXZ Members dalam satu hantaran di laman sosialnya.
Dalam perkembangan berkaitan, polis akan menambah sekatan jalan raya (SJR) di daerah ini sepanjang penganjuran RXZ Members 6.0 itu.
Kelmarin, media melaporkan, Ketua Polis negeri, Datuk Mohd Khairi Khairudin berkata, langkah itu diambil bagi memastikan peserta mematuhi undang-undang ditetapkan seterusnya menjaga ketenteraman awam.
Katanya, rondaan akan dijalankan di setiap daerah pada waktu siang dan malam terutama di kawasan-kawasan perumahan manakala SJR hanya akan dibuat di lokasi berbeza di bandar Kuala Terengganu.- Harakahdaily
0 Comments