1.
Alhamdulillah,
kita syukur pada Allah SWT kerana ada
petang ini, kita berkumpul dalam satu himpunan yang saya rasa paling besar
setakat ini, yang pernah dilakukan dilaksanakan di negeri ini.
2. Tahniah kepada semua riders dan penganjur yang telah
berusaha dengan berbagai cara supaya semua riders-riders kental dapat bersama
pada hari ini. Yang datang dari jauh dan dekat, ada yang datang negeri Perlis,
dari Johor(kita tengok dari mana paling ramai), dari Kedah, dari Sabah, dari
Sarawak, ada Alhamdulillah, dari Afrika (saya tunggu siapa nak angkat tangan
tadi), dari Negeri Terengganu (nak baca semua, sampai ke petang,sampai ke malam
kita), apepun tahniah kepada semua. Yang saya ada pantun kepada kita semua pada
hari ini.
Berderum Bunyi Di Jalanraya
Selamat Kembali RXZ Member
Terengganu Sambut Dengan Gembira
Jangan Diikut Bisikan Iblis
RXZ Members Bersama Ulamak
Ride Kita Ride, Solat Tak Miss
Alhamdulillah.
3.
Saya
juga ingin ambil kesempatan pada hari ini, untuk kita ucapkan terima kasih yang
setinggi-tinggi kepada pengurusan masjid
dan seluruh masyarakat komuniti di Negeri Terengganu khususnya yang telah membantu
para riders. Saya difahamkan ada riders pergi makan kedai makan, bila keluar
kedai, tanya dari mana? Dia kata dari luar-dapat makan free. Ada ke tidak? Dan
ada yang menawarkan masjid sebagai tempat rehat kepada para riders, malah ada
yang sediakan makanan. Semoga para riders ini diberkati oleh Allah SWT.
4.
Dan
mungkin suatu masa nanti, yang lain-lain ride yang ke-7, ke-8, boleh diaturkan
aktiviti-aktiviti komuniti dan kebajikan untuk sama-sama membantu masyarakat. Contoh
seperti membersih masjid dalam perjalanan mungkin berhenti, membantu anak-anak
yatim, membersih pantai, street dakwah dan pelbagai acara sebagai acara
sampingan tuan-tuan dalam perjalanan yang jauh dari Perlis, dari Johor, dari
Selangor untuk sampai ke Negeri Terengganu Darul Iman ini. Semoga segala
aktiviti positif yang diaturkan tuan-tuan para riders sekalian, dapat
memberikan kebaikan kepada kita sebagai satu amal kebajikan dan sekali gus
dapat mengoyak segala persepsi negatif kepada riders. Yang saya percaya
rider-riders yang ada ini berjiwa kental- kental atau tidak?
5.
Akhirnya,
tuan-tuan para riders sekalian, selepas dalam perjalanan pulang ke kawasan
masing-masing, jaga keselamatan diri dan berilah
kerjasama kepada penguatkuasa yang bertugas di samping mematuhi peraturan jalan
raya, dan paling penting dalam perjalanan pulang, yang sudah tentunya akan
memakan masa perjalanan, jangan lupa untuk
berhenti rehat dan yang paling penting jangan lupa untuk berhenti solat. Insya-Allah,
perjalanan kita pergi dan balik dalam keadaan selamat dan diberkati oleh Allah
SWT.
Saya akhiri dengan
pantun jugak untuk tuan-tuan sekalian. Dengar molek.
Pergi Terengganu cari nasi dagang,
Tapi apa daya belum jumpa lagi,
Selamat datang semua dan selamat pulang,
Ada kesempatan kita bertemu lagi.
Sekian, Assalamualaikum wrt brkt.
0 Comments