Kerajaan Terengganu akan bekerjasama, menyokong usaha HSZA


 Kuala Nerus: Peningkatan akses kepada perkhidmatan kesihatan berkualiti akan meningkatkan kepuasan penduduk, kata Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Menurutnya, penubuhan perkhidmatan hospital akan memberi dorongan positif kepada pertumbuhan ekonomi negeri.

"Pembinaan infrastruktur akan meningkatkan aktiviti pembangunan di kawasan setempat dan mampu memberi peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

"Perkhidmatan kesihatan juga turut merangsang perkembangan sektor pelancongan perubatan dan mampu menarik lebih ramai kedatangan pelancong dari dalam dan luar negara bagi mendapatkan rawatan kesihatan," katanya ketika berucap di majlis perasmian Hospital Sultan Zainal Abidin (HSZA) di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di sini, hari ini.

Turut berangkat adalah Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah dan Yang di Pertuan Muda Terengganu Tengku Muhammad Ismail Sultan Zainal Abidin.

Dr Ahmad Samsuri berkata, rawatan peningkatan penyakit tidak berjangkit termasuk kanser, jantung, tekanan darah tinggi, diabetes setiap tahun menjadi keutamaan kerajaan negeri.

Katanya, kerajaan akan bekerjasama dan menyokong usaha HSZA dalam penyampaian perkhidmatan kesihatan yang berkualiti.

"Kita mengajak dan menyeru semua kakitangan HSZA untuk bertanggungjawab serta kecemerlangan sebagai prinsip utama dalam memberi perkhidmatan kesihatan.


Post a Comment

0 Comments