Terengganu fokus persamaan, ketepi perbezaan dengan kerajaan Persekutuan


 KUALA NERUS – Kerajaan negeri Terengganu mahu memfokuskan persamaan dan mengetepikan perbezaan dengan kerajaan Persekutuan bagi memastikan hubungan baik demi kesejahteraan rakyat.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kerajaan negeri mengulangi komitmen tidak berbelah bagi mencapai hasrat tersebut kerana terdapat banyak persamaan hala tuju, dasar dan pendekatan kerajaan negeri dan Persekutuan.

“Seharusnya dalam keadaan sebegini, masa dan tumpuan kita dicurahkan membincangkan dan melunaskan persamaan ini daripada melebarkan perbezaan, apatah lagi (melibatkan) perbezaan partisan,” katanya sewaktu berucap pada majlis sambutan Aidilfitri Madani peringkat Terengganu yang turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kompleks Sukan Gong Badak di sini hari ini..

Ahmad Samsuri menjelaskan, antara persamaan tersebut ialah menoktahkan kemiskinan tegar, usaha membawa pelabur, meningkatkan kecekapan tata kelola, pentadbiran berintegriti dan meningkatkan kualiti hidup rakyat.  

Post a Comment

0 Comments