Hasil Adunan Pelaksanaan Syariah, Ketelusan Terengganu Diiktiraf


 KUALA TERENGGANU, 30 Julai - Kejayaan Terengganu mengekalkan prestasi cemerlang sebagai negeri terbaik dalam ketelusan belanjawan atau perbelanjaan sesebuah kerajaan menurut kajian badan bebas, Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) merupakan salah satu hasil pemerkasaan syariah.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah negeri, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi memaklumkan, pengiktirafan itu memperlihatkan Terengganu benar-benar melaksanakan apa yang disarankan syariah Islam.

"Sebagaimana sedia maklum, negeri kita dari segi asasnya sangat teguh dengan dasar dan prinsip Islam, maka kita comelkan lagi apa yang telah dilaksanakan pada penggal lepas.

"Apa yang dilaksanakan pada masa lepas terlalu agresif bagi memastikan pelaksanaan syariah di negeri ini berjalan dengan baik dan tersusun. Jadi, pada penggal ini kita memperkenalkan slogan dinamakan Indahnya Hidup Bersyariat.

"Kita telah mengadakan banyak program melalui pelbagai jabatan dan agensi samsada dalam bentuk pelaksanaan syariah dalam ruang dan bidang kuasa yang kita ada dan kita juga mengadakan program kesedaran kepada rakyat 

"Kita mahu mendidik rakyat bahawa pelaksanaan syariah ini bukan semata-mata undang-undang jenayah syariah, sebaliknya satu konsep yang sangat luas merangkumi setiap sendi kehuidpan kita diantaranya good gorvenance," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri Sura, Dr Tengku Muhammad Fakhruddin Tengku Md Fauzi tentang pelaksanaan Indahnya Hidup Bersyariat dalam program-program di negeri Terengganu.

Tambah Muhammad Khalil, kerajaan negeri juga akan terus meningkatkan program untuk menyedarkan rakyat, masyarakat dalam negeri yang telah diteruskan daripada penggal lepas seperti program Madinah Ramadan, Seminar Fiqh Korban dan Akikah dan lain-lain.

"Dalam masa terdekat ini, kita juga akan menganjurkan satu karnival Indahnya Hidup Bersyariat di peringkat negeri dan turun ke semua DUN," ujarnya sebagai usaha memupuk lebih kefahaman kepada masyarakat.

Post a Comment

0 Comments