KPRJ, Terengganu Inc Meterai MOU Bagi Teroka Peluang Baharu Bersama


 KUALA LUMPUR, 27 Julai  - Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn. Bhd. (KPRJ) dan Terengganu Incorporated Sdn. Bhd. (Terengganu Inc) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU)  bagi meneroka dan membangunkan projek serta inisiatif yang memberi manfaat kepada kedua-dua negeri.

Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan 
Terengganu Inc, Burhanuddin Hilmi  Mohamed berkata MOU itu akan mengukuhkan komitmen kedua-dua pihak dalam mengenalpasti potensi peluang-peluang perniagaan, memupuk 
inovasi dan pembangunan mampan di kedua-dua wilayah.

"Kerjasama ini mencerminkan komitmen bersama kami terhadap pembangunan mampan dan inovasi. 

"Bersama-sama, kami berharap dapat meneroka peluang baharu antara kedua-dua negeri," ujarnya dalam satu kenyataan.

Majlis menandatangani MOU ini adalah bersempena dengan Ekspo Pelaburan & Perindustrian Selangor ke-4 yang telah diadakan pada 25 Julai 2024 sehingga 27 Julai 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi KPRJ, Zainal Abidin  Zakaria ber kata gabungan kedua-dua organisasi ini, bakal memacu pertumbuhan ekonomi seterusnya mencapai kerjasama dan sinergi yang lebih baik untuk Johor dan Terengganu

"Kami amat teruja dengan peluang-peluang perniagaan yang bakal dibawa hasil daripada kerjasama ini," ujarnya. - TRDI

Post a Comment

0 Comments