Primula Raih Anugerah 'Hotel Amalan Lestari Terbaik 2024'


 KUALA TERENGGANU, 27 Julai - Primula Beach Hotel yang popular dengan lokasi penginapan pelancongan di negeri ini membuktikan kualiti yang ditawarkan mereka menerusi kemenangan 'Hotel Amalan Lestari Terbaik' di Anugerah Industri Pelancongan 2024 di Royale Chulan Kuala Lumpur.

Pengurus Besarnya, Suaibah Harun berkata pengiktirafan itu berdasarkan  komitmen teguh Primula Beach Hotel terhadap kelestarian dan usaha inovatifnya dalam mempromosikan amalan mesra alam dalam industri perhotelan.

Katanya, pihak mereka sentiasa  komited untuk menetapkan penanda aras dalam hospitaliti lestari dan menginspirasi orang lain dalam industri untuk mengamalkan amalan hijau.

"Sejak tahun 2021, Primula Beach Hotel telah bekerjasama dengan TNB GSPARX untuk menggunakan sistem tenaga suria, mengurangkan jejak karbon hotel dengan ketara dan mempromosikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui. 

"Primula Beach Hotel 
menganjurkan acara-acara hijau seperti Beach Run Primula Eco Green pada Februari 2024, sebuah acara yang promosikan kesedaran kesihatan dan alam sekitar,"ujarnya dalam satu kenyataan.

Suaibah juga berkata, pihaknya juga bekerjasama dengan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) untuk inisiatif "Bring Our 
Turtle Back" pada tahun 2022 dan 2023.

"Ia bertujuan melindungi dan memulihkan penyu, serta memelihara kehidupan marin,"ujarnya.

Tambah beliau,  bagi memastikan hasil tani yang segar dan lestari untuk para tetamu, Primula Beach Hotel menanam sayur-sayuran menggunakan teknik hidroponik dan fertigasi.

Selain itu katanya, pihak hotel juga telah melaksanakan program kitar semula dalam pembuatan sendiri sabun menggunakan minyak masak terpakai. 

Menurut Suaibah lagi, inisiatif baru yang diperkenalkan pertengahan tahun 2024 iaitu pengkomposan sisa makanan, menukar sisa organik kepada baja yang berharga.

"Hasilnya ia berjaya meningkatkan kesihatan tanah dan kurangkan sisa yang dibuang ke tapak pelupusan," ujarnya.

Post a Comment

0 Comments